Thursday, December 11, 2008

Diet kencing manis


Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my

BILA bercakap soal kencing manis, perkara utama yang ditekankan berulang-ulang semua pakar perubatan ialah menjaga pemakanan. Bukan setakat pengambilan gula, malah semuanya perlu dikurangkan terutama makanan yang mengandungi karbohidrat dan gula asli termasuklah buah-buahan.

Malah ada pakar pemakanan menyifatkan buah- buahan tempatan adalah ancaman utama kepada pemakanan pesakit kencing manis kerana yang lebih ranum, lebih enak rasanya dan semakin tinggi pula kandungan gulanya.

Pada pesakit kencing manis mengawal paras gula dalam darah supaya berada dalam julat sihat bukanlah mudah. Ia memerlukan disiplin dan kesungguhan. Bukan paras gula saja yang hendak dikawal tetapi perlu juga memberi tumpuan kepada tahap kolesterol dan tekanan darah.

Kebimbangan ini menyebabkan ada sesetengah pesakit menjadi terlalu berhati-hati sehingga timbul masalah kekurangan zat atau mereka terdorong mengamalkan pemakanan yang tidak sihat. Kajian Universiti Toronto yang disiarkan dalam jurnal Penyelidikan Nutrisi mendapati pesakit kencing manis boleh mengalami gangguan ingatan jika mengamalkan pemakanan tidak sihat terutama tinggi kandungan lemak.

Kajian mendapati selepas satu setengah jam memakan makanan banyak lemak, kebolehan pesakit untuk mengingat perkataan merosot berbanding pesakit yang hanya minum air saja. Pada masa sama apabila pesakit diberikan makanan banyak lemak berserta vitamin C (lebih 1,000 miligram) dan vitamin E (800 IU), didapati prestasi ingatan pesakit sama seperti pesakit yang minum air saja.

Ini menunjukkan bahawa kesan kemerosotan ingatan akibat pemakanan kurang sihat dan tidak seimbang boleh diatasi dengan pengambilan makanan antioksidan seperti vitamin C dan E yang banyak terkandung dalam buah- buahan serta sayur-sayuran.

Walaupun pil vitamin boleh memberikan manfaat yang sama tetapi menurut penyelidik kajian berkenaan, Michael Herman Chui, lebih baik jika pesakit dapat mengambil sumber antioksidan segar kerana ia turut mengandungi pelbagai khasiat lain.

Namun apa yang lebih kerap terjadi di kalangan pesakit dan penduduk di negara kita ialah masalah terlebih makan, kata Perunding Endokrinologi, Dr Faridah Ismail. Pengurangan makan (terutama makanan manis) bukan hanya untuk pesakit saja tetapi ia perlu membabitkan seisi keluarga.

Kajian tempatan menunjukkan secara purata rakyat Malaysia mengambil 125 gram gula atau 25 camca teh gula sehari berbanding kadar yang disarankan iaitu hanya 50 gram. Gula ada banyak kalori tetapi tidak mengandungi khasiat. Ia hanya menyumbang kepada masalah kegemukan.

Menurutnya badan kita mendapat tenaga daripada glukos iaitu gula ringkas. Glukos diperolehi melalui penghadaman makanan berkanji (karbohidarat) seperti nasi, pulut, roti, ubi (kentang, keledek dan keladi), mi dan mi hun, pasta, semua gula yang diproses, madu serta buah-buahan.

Malah hati juga menyimpan glukos yang dikeluarkan apabila ada keperluan. Glukos akan menjadi tenaga selepas ia diserap daripada aliran darah. Proses pemindahan glukos daripada darah ke dalam sel ini dilakukan agen pengangkut yang dipanggil insulin.

“Insulin ialah hormon yang dikeluarkan oleh pankreas. Pengeluaran insulin yang paling aktif ialah selepas makan untuk membantu penyerapan glukos ke semua sel dengan berkesan. Kencing manis berlaku dalam dua keadaan iaitu apabila pankreas tidak lagi mampu mengeluarkan insulin secukupnya atau insulin yang dihasilkan tidak dapat berfungsi sepenuhnya. Keadaan kedua dipanggil rintangan insulin. Keadaan ini mengambil masa yang lama untuk berlaku.

“Badan menjadi kurang sensitif terhadap insulin dan ini menyebabkan pankreas bekerja lebih kuat untuk menghasilkan lebih banyak insulin bagi mengatasi masalah ini. Namun lama kelamaan pankreas akan menjadi lemah tetapi masih tidak mampu menghilangkan rintangan insulin dan akibatnya paras glukos dalam darah menjadi tinggi,” katanya.

Masalahnya, kencing manis tiada tanda khusus malah tidak menunjukkan sebarang tanda pada peringkat awal pembentukannya. Jika ada pun hanyalah kehilangan tenaga dan pesakit terasa cepat penat yang sering disalah anggap gejala ini disebabkan terlalu banyak kerja.

Justeru itulah ramai tidak sedar mereka menghidap kencing manis. Kajian menunjukkan sebaik penyakit dikesan seseorang pesakit sudah menghidap kencing manis sekurang-kurangnya selama lapan hingga 10 tahun.

Antara tanda lain kencing manis ialah:

  • Kerap buang air kecil termasuk pada waktu malam

  • Kerap berasa dahaga dan kebanyakan pesakit menginginkan minuman manis

  • Susut berat badan

  • Cepat penat dan tidak bermaya

  • Kerap alami ruam, gatal dan jangkitan kulit

  • Rasa gatal di kemaluan dan jangkitan vagina pada wanita

  • Tangan dan kaki terasa kebas

  • Luka atau kudis lambat sembuh



    Televisyen, kencing manis dan di-ab-e-tes

    “Terlalu banyak menonton televisyen juga menjadi faktor risiko tambahan yang meningkatkan peluang menjadi obes dan mendapat kencing manis. Tabiat suka menonton televisyen akan membuatkan seseorang menjadi tidak aktif dan lebih buruk jika ia disertakan dengan makan makanan ringan yang boleh menambah berat badan tanpa disedari.

    “Membiarkan berat badan terus bertambah seolah-olah kita mengundang kencing manis datang dalam hidup kita. Malah wanita yang mengalami kencing manis ketika hamil juga perlu lebih berhati-hati dan peka menjaga kesihatan kerana kencing manis ini boleh berulang lagi selepas melahirkan anak terutama apabila memasuki umur 40 tahun,” katanya.

    Justeru itu, beliau menyarankan semua orang menjalani pemeriksaan paras gula dalam darah. Antara ujian yang boleh dilakukan ialah toleran glukos oral. Untuk menjalani ujian ini kita dikehendaki berpuasa pada waktu malam (selama lapan hingga 12 jam).

    Pada waktu pagi kita akan diberi air minuman glukos dan tahap gula dalam darah diukur dua jam selepas itu. Jika tahap gula anda tinggi, maka anda berisiko untuk mendapat kencing manis dan perlu lakukan sesuatu terutama mengubah gaya hidup dan tabiat pemakanan untuk mencegahnya.

    Kencing manis adalah penyakit yang sangat mahal untuk dirawat. Pada 2002, Amerika Syarikat membelanjakan kira-kira RM435 bilion untuk rawatan kencing manis dan jumlah ini dijangka meningkat kepada RM633 bilion menjelang 2020. Rawatan untuk obesiti saja melebihi RM330 bilion setahun.

    Dr Faridah berkata, pesakit masih boleh makan apa yang diingini tetapi dalam kuantiti yang kecil dengan melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan. Begitu juga sayur-sayuran berkanji seperti kentang, keledek, ubi kayu dan labu, jika sudah makan nasi, jangan lagi makan makanan yang mengandungi kanji termasuklah yang dijadikan kerepek.

    Untuk sajian utama, pilih makanan yang mengandungi mil penuh seperti nasi beras perang, roti, pasta atau mi hun diperbuat daripada tepung mil penuh; bersama ikan atau daging tanpa lemak untuk dua hingga tiga kali seminggu.

    “Isi separuh pinggan dengan sayur, satu perempat untuk nasi dan bakinya untuk lauk. Cara begini akan mengurangkan tekanan kepada badan yang secara tidak langsung mengurangkan risiko mendapat kencing manis.

    “Untuk pencuci mulut, ambillah buah-buahan segar dan kongsi makan bersama keluarga. Elakkan minum jus buah terutama jika makan di restoran kerana ia mungkin ditambah gula. Selain itu paling utama jangan minum minuman segera berpaket seperti kopi atau teh 3-dalam-1 yang banyak kandungan gulanya.

    “Elakkan krimer kerana ia dibuat daripada sirap glukos. Jika mahu teh tarik pun boleh tetapi hadkan kepada seminggu sekali. Semua langkah ini secara perlahan-lahan boleh membantu anda menguruskan penyakit dan mengurangkan berat badan. Pengurangan berat badan sebanyak lima hingga 10 peratus boleh menurunkan risiko kencing manis sebanyak 58 peratus,” katanya.

    Eksekutif Chef, Rezuan Sulaiman dalam demonstrasi masakan untuk pesakit kencing manis berkata, keluarga dan pesakit perlu bijak mengubah suai resipi bagi menyediakan sajian sihat contohnya menggunakan bahan-bahan berkhasiat seperti yogurt untuk menggantikan santan dan pes kurma bagi pengganti gula.

    Sebagai contoh, selain menumis sayur yang menggunakan minyak, dia menyarankan supaya sayur berkenaan dicelur dulu dan sos atau kuahnya dimasak berasingan tanpa menggunakan minyak. Paling penting ialah makan makanan yang dimasak di rumah kerana anda boleh mengawal penggunaan bahan-bahan mengikut keperluan.

    Untuk permulaan anda boleh mencuba resipi sihat yang sudah diuji dan diluluskan pakar pemakanan seperti Sup Tauhu Lembut, Rendang Ayam dan Sayur Campur Bersos.



    Senaman dan ubat

    Perunding Perubatan Rehabiliasi, Dr Tunku Nor Taayah Tunku Zubir, berkata selain penjagaan makanan senaman adalah ubat paling mujarab untuk mengawal penyakit jika dijadikan rutin harian. Bagi pesakit kencing manis senaman boleh meningkatkan sensitiviti badan terhadap insulin.

    Peningkatan ini akan membuatkan lebih banyak gula diangkut masuk ke sel dan mengurangkan paras gula dalam darah. Senaman yang dilakukan secara teratur dan berterusan akan memudahkan pengurusan penyakit dan mengembalikan paras gula ke julat normal.

    “Semua orang tahu senaman boleh mengurangkan risiko banyak penyakit seperti sakit jantung, strok, masalah kolesterol, memperbaiki emosi dan kesihatan secara keseluruhan. Semua orang boleh bersenam tetapi untuk pesakit kencing manis, perlu ketahui tahap gula dalam darah terlebih dulu untuk mengelakkan masalah lain seperti pitam jika paras gula terlalu rendah.

    “Bagi yang tidak pernah bersenam, mulakan dengan sesi pendek selama 10 minit yang diulang tiga kali dalam satu hari. Apabila sudah biasa, tambahkan masa dan aktiviti untuk meningkatkan stamina. Jika diamalkan berterusan pesakit boleh melihat kesannya.

    “Bagaimana hendak mengetahui sama ada senaman anda cukup atau tidak? Caranya ialah melalui ujian bercakap; jika anda boleh bercakap macam biasa bermakna senaman tidak mencukupi sebaliknya sekiranya anda tidak boleh bercakap langsung tandanya anda terlebih bersenam. Senaman mencukupi bila anda terasa penat tetapi masih boleh bercakap,” katanya.

    Pesakit kencing manis lebih berisiko mendapat penyakit jantung (50 peratus lebih tinggi berbanding bukan pesakit). Justeru itu ada banyak jenis ubat dicipta khusus untuk mengurangkan masalah kesihatan ini termasuklah fenofibrate yang dikatakan berkesan dalam pengurusan tahap lipid (lemak).

    Kajian Selaan Fenofibrate dan Mengurangkan Kejadian Dalam Kencing Manis (FIELD ) membuktikan terapi yang merendahkan lipid untuk jangka panjang boleh mengurangkan akibat makrovaskular (salur darah besar) dan mikrovaskular (salur darah halus) pada pesakit.

    Walaupun kencing manis boleh menjadi ‘pencetus’ kepada pelbagai masalah kesihatan lain tetapi melalui penjagaan teliti pesakit mampu menjalani kehidupan yang baik. Perkataan diabetes itu sendiri boleh menjadi peringatan kepada kita iaitu:

  • Di - diet (pemakanan)

  • Ab - Saiz abdomen (perlu kekalkan saiz pinggang kurang daripada 90 sentimeter untuk lelaki dan 80 sentimeter bagi perempuan)

  • E - senaman ; sekurang-kurangnya 30 minit sehari, tiga kali seminggu

  • Tes - Buat ujian paras gula dalam darah secara berkala.
  • Wednesday, December 10, 2008

    Diabetis

    Apakah Diabetes ?
    Ia merupakan keadaan dimana badan mengalami kekurangan insulin ( atau insulin yang dikeluarkan kurang berkesan) yang menyebabkan gukos dalam darah meningkat diluar kawalan dan akhirnya dikeluarkan melalui urin (air kencing).

    Apakah Insulin ?
    Insulin merupakan hormon yang dirembeskan oleh kelenjar hormon yang dikenali Islets di pepulau Langerhans di pankreas. Ianya berfungsi mengawal paras glukos dalam darah agar berada dalam julat 70 - 140 mg/dl (3.9 - 7.8 mmol/l) atau pada julat 70- 115 mg/dl (3.9 - 6.4 mmol/l) semasa berpuasa.

    Apakah Tanda -Tanda dan Gejala Diabetes ?

    • Tanda yang biasa dan dapat diketahui oleh pesakit ialah semut akan mengerumuni takungan air kencingnya.
    • Susut berat badan antara 5-10kg dalam jangkamasa 3 bulan kebelakangan.
    • Dahaga dan kerap kali buang air kecil.
    • Terasa letih dan lesu
    • Penyembuhan luka mengambil masa yang lama.Adalah disyorkan agar melakukan pemeriksaan secara berkala bagi menentukan keadaan Diabetes.

    Apakah Jenis-Jenis Diabetes ?

    1. Diabetes bagi Kanak-Kanak (Jevenile Diabetes)- berlaku pada kanak-kanak dan ianya lebih teruk kerana kanak-kanak ini memerlukan suntikan insulin bagi mengawalnya.
    2. Diabetes bagi Orang Dewasa- berlaku pada orang dewasa yang kebiasaanya selepas pertengahan umur dan diklasifikasikan kepada 3 jenis
      • Diabetes Permulaan - Boleh dikawal dengan senaman dan pemakanan.
      • Diabetes Sederhana - Boleh dikawal dengan ubat
      • Diabetes Teruk - Boleh dikawal dengan suntikan insulin.

    Bagaimana Diabetes Didiagnoskan ?

    1. Diabetes kebiasaannya didiagnoskan melalui ujian yang positif terhadap gula dalam air kencing
    2. Cara lain adalah melalui ujian darah bagi glukos semasa berpuasa (70 - 115mg/dl). Sebarang keputusan yang melebihi paras glukos darah semasa berpuasa adalah disyaki mengidap diabetes
    3. Glucose Tolerance Test (GTT) -merupakan ujian yang terbaik bagi mengesahkan Diabetes. Ia juga dapat mengetahui samada penyakit tersebut berada pada tahap permulaan, sederhana dan teruk. Individu yang ingin melakukan ujian GTT datang ke makmal selepas berpuasa selama 10-12 jam. Ia akan diberi minum glukosa 75gm dan masa akan direkodkan sebagai 0 jam. Sampel darah dan air kencing juga diambil darinya. Sampel darah dan air kencing akan diambil kembali selepas 1 dan 2 jam kemudian. Graf akan dilakarkan seperti dalam rajah.

    Apakah Bahaya Diabetes ?

    1. Apabila paras glukos terlalu tinggi dalam darah, ia akan bertindak seolah-olah racun kepada sel-sel, Ia akan merosakkan sistem salur darah kapilari pada Ginjal (buah pinggang) mengakibatkan penyakit buah pinggang, kegagalan buah pinggang dan hipertensi
    2. Jika salur darah retina rosak, mengakibatkan kebutaan.
    3. Jika ia melibatkan salur darah koronari, mengakibatkan penyakit jantung, serangan jantung dan kematian.
    4. Jika salur darah ke bahagian jari kaki yang terlibat, akan menyebabkan gangrene di bahagian yang terbabit.
    5. Sel-sel otak sangat sensitif kepada paras glukos dalam darah. Paras yang sangat tinggi atau rendah boleh mengakibatkan pesakit diabetes mengalami koma. Contoh: Hyperglycaemic coma -paras glukos dalam darah melebihi 500mg/dl (27.8 mmol/l) Hypoglycaemic coma -paras glukos dalam darah kurang daripada 40 mg/dl (2.2 mmol/l). Oleh kerana itu, diabetes merupakan satu penyakit yang bahaya jika tidak di rawat atau dikawal.

    Apakah yang patut dilakukan oleh pengidap diabetik ?
    Pengidap Diabetik mesti mendapat nasihat daripada doktor. Doktor akan memastikan penyakitnya itu terkawal. Pendidikan Kesihatan terutamanya terhadap masalah yang berkaitan diabetes adalah sangat penting. Pastikan paras glukos darah diketahui secara berkala dengan melakukan ujian darah. Pesakit juga boleh melakukan ujian yang khusus iaitu HBA1c (Glycoslated Haemoglobin) dan Fructosamine dan daripada keputusan ujian ini,pesakit boleh mengetahui sejauh mana pengawalan terhadap keadaan diabetik bagi jangkamasa 2 bulan dan 2 minggu yang lepas. Keputusan akan dinyatakan samada individu tersebut mengawal dengan baik, sederhana atau tiada pengawalan

    Penyakit Diabetis

    FAQs - Penyakit Diabetis
    (Kencing Manis)

    1. Apakah dia Penyakit Diabetis?

    Penyakit Diabetis atau dikenali sebagai Penyakit Kencing Manis ialah suatu keadaan di mana kadar pada gula (glukos) dalam darah terlalu tinggi dari paras normal. Keadaan ini disebabkan oleh :

    i) Berkurangan atau ketiadaan insulin disebabkan oleh organ pancreas yang tidak menghasilkan cukup insulin.

    ii) Kalis insulin, di mana otot, lemak dan sel-sel organ hati tidak bertindak balas terhadap insulin atau kedua-duanya sekali.

    2. Ada beberapa jenis Penyakit Diabetis?

    Diabetis boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu :

    i) Diabetis bersandar insulin - jenis pertama (Type I diabetis)

    Diabetis jenis pertama juga dikenali sebagai diabetis bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent) atau diabetis awal remaja. Diabetis ini sering didapati pada golongan kanak-kanak dan remaja. Organ pankreas hanya menghasilkan sedikit atau tiada insulin dan pengambilan insulin melalui suntikan adalah diperlukan untuk terus hidup. Tanpa pengurusan seharian yang sempurna, kesihatan pesakit akan terjejas.

    ii) Diabetis bebas insulin - jenis kedua (Type II diabetes)

    Diabetis bebas insulin - jenis kedua juga dikenali sebagai diabetis peringkat permulaan dewasa. Jenis diabetis ini merupakan yang lumrah didapati iaitu di antara 90 peratus hingga 95 peratus dari jumlah kes diabetis. Ianya lazimnya didapati semasa dewasa. Dalam situasi ini, organ pankreas tidak menghasilkan cukup insulin untuk menstabilkan paras glukos dalam darah. Biasanya tubuh badan tidak bertindak balas sepenuhnya kepada insulin. Kebanyakan orang yang menghidap diabetis bebas insulin ini tidak sedar yang mereka menghadapi penyakit tersebut. Diabetis jenis ini biasanya berlaku seiring dengan faktor usia lanjut, gemuk (obesity), terencat ketahanan glukos, keturunan atau bangsa (genetic) dan kurang bersenam.

    iii) Diabetis ketika hamil (gestational diabetes)

    Diabetis ketika hamil merupakan sejenis alahan glukos yang dikenal pasti pada sebahagian wanita ketika mengandung. Ketika mengandung, diabetis ketika hamil memerlukan rawatan untuk menurunkan paras gula dalam darah agar tidak memberi kesan kepada kandungan. Sebahagian kecil pula antara 5 hingga 10 peratus didapati menghidap diabetis bebas insulin (jenis kedua). Wanita yang mengalami diabetis ketika hamil mempunyai risiko 20 hingga 50 peratus menghidap diabetis dalam tempoh 5 hingga 10 tahun. Diabetis ketika hamil juga meningkatkan risiko anak damit mempunyai bilirubin yang tinggi (demam kuning) berbanding anak damit normal.

    iv) Diabetis bentuk lain

    Terdapat diabetis yang disebabkan oleh faktor keturunan (peringkat permulaan dewasa), pembedahan, dadah, kurang zat pemakanan, jangkitan dan penyakit lain. Diabetis bentuk lain membentuk 1 hingga 5 peratus daripada semua penyakit kencing manis/diabetis yang dikenal pasti.

    3. Apakah faktor-faktor berisiko tinggi yang boleh menyebabkan diabetis?

    Ada beberapa faktor-faktor berisiko tunggi yang boleh menyebabkan diabetis, antaranya ialah :

    * Penyakit diabetis di dalam keluarga

    * Obesiti/kegemukan

    * Berumur 45 tahun ke atas

    * Tekanan darah tinggi

    * Kandungan berlebihan triglycerides dalam darah (sejenis molikul lemak)

    * Kandungan berlebihan kolesterol dalam darah

    * Kurang melakukan aktiviti fizikal/bersenam

    4. Apakah tanda-tanda amaran dan simptom diabetis?

    Kandungan berlebihan glukos dalam darah boleh menyebabkan beberapa masalah seperti:

    * Kerap membuang air kecil

    * Sering merasa dahaga dan/atau lapar

    * Merasa keletihan-kurang bertenaga

    * Berat badan menurun

    * Penglihatan kabur

    Walau bagaimanapun, oleh kerana diabetis bebas insulin jenis kedua berlaku secara perlahan, kebanyakan orang tidak menyedari yang mereka mengalami kandungan berlebihan glukos dalam darah kerana mereka tidak mengalami sebarang simptom-simptom tersebut.

    5. Apakah masalah yang dihadapi sekiranya diabetis tidak dikawal?

    Sekiranya diabetis tidak dikawal dalam tempoh yang berlanjutan, penghidap diabetis akan sentiasa mempunyai kadar gula yang tinggi di dalam darahnya . Kadar gula tinggi yang berterusan akan mendatangkan banyak perubahan pada bahagian saluran darah dan juga urat sataf (nerve). Perubahan-perubahan ini pula boleh mendatangkan banyak penyakit lain seperti :

    * Hujung kaki dan tangan menjadi sebal, hilang deria sentuh, disebabkan oleh kerosakan urat/nerve (diabetic neuropathy)

    * Gatal-gatal badan yang disebabkan kerosakan urat/nerve

    * Kurang daya syahwat bagi kaum lelaki yang disebabkan kerosakan urat/ nerve dan saluran darah (diabetic neuropathy)

    * Sering kencing malam disebabkan buah pinggang gagal mengitar air seperti biasa. Ini mengakibatkan pundi kencing penuh dengan lebih cepat.

    * Kegagalan fungsi buah pinggang. Ini disebabkan oleh kerosakan saluran darah dan ginjal disebabkan kandungan gula yang tinggi terlalu lama (diabetic neuropathy)

    * Sakit jantung disebabkan kerosakan saluran darah

    * Serangan angin ahmar (strok) disebabkan kerosakan saluran darah

    * Buta disebabkan kerosakan mata. Kanta mata menjadi kurang kenyal disebabkan kandungan gula yang tinggi (diabetic neuropathy)

    Bagaimanapun sekiranya penghidap diabetis mengambil langkah yang sewajarnya, kadar gula dalam darah boleh dikawal dan penghidap diabetis dapat hidup seperti orang lain. Makanan yang seimbang perlu dikawal seumur hidup disebabkan penyakit diabetis masih belum dapat dipulihkan sepenuhnya.

    6. Golongan apakah yang berisiko tinggi?

    Mereka yang dikelaskan dalam kumpulan risiko lebih tinggi adalah :

    * Mereka yang mempunyai keturunan yang menghidap diabetis (ibu bapa adik-beradik)

    * Mereka yang mempunyai berat badan agak tinggi

    * Mereka yang pernah mempunyai radang pada Pankreas

    * Wanita mengandung yang pernah menghadapi (diabetis) ketika hamil.

    Bagaimanapun penyakit diabetis mampu menyerang sesiapa juga pada semua peringkat umur sekiranya pemakanan dan minuman tidak dijaga.

    7. Apakah kesannya jika diabetis tidak dikawal?

    Bagi pesakit diabetis yang tidak mengawal penyakit, mereka berhadapan dengan kesan yang lebih serius. Antara kesannya ialah :

    * Kegagalan buah pinggang

    * Serangan jantung

    * Kebutaan/katarak

    * Koma (hilang kesedaran)

    * Angin ahmar (strok)

    * Sakit saraf atau 'mati pucuk'

    * 'Gangrene' atau anggota tubuh mati/membusuk

    8. Bagaimana caranya mengelakkan dari mengidap penyakit diabetis?

    Perubahan cara hidup mampu mengelakkan diabetis terutama pada mereka yang mempunyai kecacatan daya tahan glukos (Impaired glucose tolerance - IGT) atau kecacatan puasa glukos (Impaired fasting glucose - IFG). Kajian menunjukkan kedua-dua keadaan merupakan tanda awal diabetis tetapi mampu diterbalikkan dengan kawalan pemakanan yang betul. Selain itu, tidak salah bagi mereka yang tidak mempunyai masalah awal untuk turut serta mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan diabetis dengan melakukan beberapa perkara seperti :

    * Pemakanan

    Ramai berpendapat bahawa pemakanan hanya merangkumi pemakanan gula sahaja, tetapi walaupun pemakanan gula seharusnya disekat, ini tidak bermakna makanan-makanan kesemuanya dapat dimakan seberapa banyaknya. Pemakanan seharusnya dikurangkan kerana selain daripada gula, bahan-bahan karbohidrat yang lain juga seharusnya dikurangkan. Ini adalah kerana kalori pada sesehari itu seharusnya dikurangkan. Untuk kepastian bahawa pemakanan yang dimakan tidak melebihi batas, catatan apa yang sering dimakan dalam sehari dan bincangkan dengan doktor.

    * Senaman

    Senaman juga penting tetapi ianya perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor. Senaman berfungsi dengan tiga cara iaitu membantu mengurangkan kalori yang lebih yang mungkin dimakan, membantu mengurangkan berat badan dan akhir sekali dapat juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (cardiorespiratory) kita. Satu kajian mengenai diabetis dalam tempoh 3 hingga 6 tahun mendapati senaman seperti berjalan selama dua setengah jam dalam tempoh seminggu boleh mengurangkan perkembangan diabetis sebanyak 40 - 60 peratus.

    * Penjagaan berat badan

    Telah dikenali mereka yang mempunyai berat badan tidak tinggi lebih mudah dikawal taraf gula di dalam darah mereka dan dengan itu ubat dapat dikurangkan. Sesetengah dari pesakit diabetis dapat menghentikan pengambilan ubat kesemua sekali setelah berat badan dapat dikawal.

    * Pemeriksaan diri sendiri

    Seseorang itu seharusnya berwaspada mengenai apa-apa perubahan pada badan mereka iaitu dari segi kulit (terutama pada bahagian kaki), rasa penat/kebas pada hujung jari tangan atau kaki dan apa-apa perubahan lain yang dirasakan. Selain dari itu, pemeriksaan oleh doktor untuk memastikan kadar gula dalam darah mesti terus dijalankan.

    * Pemeriksaan oleh doktor secara tahunan

    Ujian berkala secara tetap terutama yang berisiko tinggi mampu mengesan diabetis pada peringkat awal. Ini membolehkan penghidap diabetis mengambil langkah awal untuk merawat diri mereka. Rawatan awal diabetis juga mampu mengurangkan 30 hingga 70 peratus kegagalan buah pinggang berfungsi. Penjagaan anggota tangan dan kaki mampu mengurangkan kes anggota badan perlu dipotong disebabkan komplikasi jangkitan sebanyak 45 - 85 peratus.

    7 Tahun isteri rahsiakan penyakit


    Setiap kali mengunJungi pusara arWah isterinya, hati khairul Jadi hiBa. Teringat kemBali gelak taWa dan gurau senda isterinya melissa tatkala Melayan dirinya dan anak-anak. kini sudah empat tahun khairul tidak dapat mendengar suara Wanita yang dicintainya itu.

    Rasa rindu memang sukar diungkap, bukan hanya diri Khairul berperasaan begitu, anak-anaknya Nadia dan Hafi z juga sama. Walaupun Melissa sudah tidak ada lagi di dunia, namun Nadia dan Hafiz sentiasa bercerita mengenai ibu mereka. Malah foto Melissa bersama keluarga yang tergantung di ruang tamu sentiasa dibersihkan. Khairul tidak pernah menyangka bahawa Melissa akan pergi terlebih dahulu daripada dirinya. Seingatnya, sepanjang perkenalan antara dirinya dengan Melissa sewaktu zaman persekolahan, dia tidak pernah melihat Melissa sakit. Melissa pandai menutup kekurangan dirinya. Setelah berkahwin dengan Melissa pun, dia sebagai suami masih tidak dapat mengesan apaapa yang kurang baik mengenai isterinya itu. Hanya setelah tujuh tahun berkahwin, segalagalanya terbongkar apabila isterinya yang bekerja sebagai guru tiba-tiba pengsan sewaktu sedang mengajar di sekolah. Terkejutnya Khairul apabila mendapat tahu bahawa isterinya pengsan dan dimasukkan ke hospital. Dia masih ingat pada hari kejadian, dia berada di luar daerah atas urusan kerja. Sebaik sahaja berita isterinya dimasukkan ke hospital, Khairul bergegas pulang. Rahsia terpendam terbongkar jua Apabila berada di hospital barulah Khairul mengetahui bahawa terdapat masalah pada isterinya.Doktor mengesyaki Melissa menghidap kanser otak. Terasa hendak gugur jantung Khairul mendengar ayatayat yang keluar daripada mulut doktor tersebut. Tanpa disedari matanya mula bergenang. Selepas mendengar penerangan doktor itu, Khairul segera melawat isterinya. Sebaik sampai ke bilik yang menempatkan isterinya, hatinya sebak melihatkan keadaan Melissa. Tidak ada lagi Melissa yang riang ria, sebaliknya Melissa terbaring lemah. Sungguhpun berasa sedih dengan keadaan isterinya, Khairul pendamkan saja perasaan tu di hadapan isterinya.Sebaik sahaja Melissa membuka mata, Khairul melihat wajah wanita yang disayangi itu berubah. “Saya minta maaf bang. Saya minta maaf sebab menyembunyikan penyakit yang saya hidapi. Saya lakukan semua ini agar abang tidak susah hati,” lemah sungguh ayatayat yang keluar daripada mulut isterinya itu. Pada mulanya Khairul terasa begitu marah apabila mendapat tahu isterinya menyembunyikan keadaan dirinya. Namun apabila melihatkan wajah pucat Melissa, segala-galanya hilang begitu sahaja. Selepas keluar daripada hospital, Melissa banyak berubah. Menurut doktor penyakit Melissa agak sukar untuk diubati. Jika pembedahan dilakukan, akan berlaku komplikasi yang teruk. Peluang untuk sembuh memang tipis. Ajal maut di tangan Tuhan Melissa yang sudah sedia tahu tentang keadaan dirinya itu memang tidak mahu melakukan pembedahan. Baginya, sudah puas dia berubat semuanya tanpa pengetahuan Khairul. Melissa tidak sanggup berhadapan risiko berhadapan maut di atas meja pembedahan. Dia tidak takut mati tetapi jika ditakdirkan dia pergi dahulu biarlah dia ketika dikelilingi keluarga tercinta. Pada mulanya Khairul tidak setuju dengan permintaan isterinya itu. Baginya ajal maut di tangan Tuhan. Selagi seseorang insan itu berupaya mencari ikhtiar untuk sembuh, segalagalanya tidak mustahil. Setelah berbincang dengan Melissa dan ahli keluarga yang lain, akhirnya Khairul akur dengan permintaan isterinya. Bagi Melissa dia mahu menghabiskan sisa hidupnya bersama keluarga. Dia tidak mahu berada di katil hospital dan menjalani rawatan yang tidak ada penghujungnya. Demi memastikan isterinya gembira, Khairul dan anak-anaknya sentiasa berada di sisi.Setiap hari, kehidupan mereka sekeluarga dipenuhi dengan aktivitiaktiviti berfaedah. Setiap waktu, Khairul dan anakanaknya sentiasa merakamkan kegembiraan bersama Melissa. Setiap saat amat berharga buat mereka. Selama beberapa bulan keluarga Khairul menjalani kehidupan gembira. Namun begitu, kegembiraan itu bertukar sedih sekelip mata. Khairul masih ingat lagi ketika dia mengejutkan Melissa untuk solat Subuh, tubuh isterinya itu kaku tidak bergerak. Dunia seakan berhenti buat Khairul. Menitis air mata keluar daripada mata Khairul apabila melihat wajah isterinya buat kali terakhir. Tuhan lebih menyayanginya. Sungguhpun tidak sanggup melalui saat itu, Khairul redha dengan kehendak Yang Maha Esa. Kini walaupun empat tahun telah berlalu, Khairul masih sendiri dan kenangan bersama arwah Melissa wanita yang sangat dicintainya itu tidak pernah sesaat padam dari kotak fikirannya.

    Wednesday, December 3, 2008

    Jangan panik bayi menangis



    MENANGIS adalah cara untuk berkomunikasi antara bayi dan penjaganya. – Gambar hiasan


    TANGISAN adalah satu-satunya medium komunikasi antara bayi dan penjaganya. Menerusi tangisan, bayi memberitahu bahawa sesuatu telah berlaku dan mereka memerlukan anda.

    Bayi menangis disebabkan beberapa perkara. Sama ada mereka lapar, haus, terlalu panas atau sejuk, kelihatan pucat, kembung perut, dalam kesakitan, terlalu penat atau mungkin juga tidak selesa.

    Keadaan yang berlaku mendadak pada diri mereka diluahkan dengan tangisan, justeru ibu bapa dan penjaga perlulah segera mendekati bayi mereka dan peluklah mereka untuk beberapa ketika.

    Terdapat sesetengah bayi yang kerap menangis sejak dari hari pertama mereka lahir ke dunia ini. Sambil menangis, kaki mereka diangkat ke atas, tangan bergerak pantas, wajah bertukar merah dan mereka kelihatan begitu tertekan.

    Lebih merisaukan keadaan tersebut sering terjadi ketika waktu tengah hari dan menjelang malam. Sesetengah bayi pula mengalami sindrom tangis apabila usia mencecah beberapa minggu. Selepas enam ke lapan minggu, tangisan bayi akan berkurangan dan mereka akan lebih tenang.

    Tidak dinafikan ada bayi yang berterusan menangis lebih daripada usia tersebut dan jika ini berlaku pada bayi anda jangan panik. Tangisan itu hanya seketika berbanding jangka masa untuk membesar dan berkeadaan tenang jauh lebih lama.

    Begitu pun, tangisan memang boleh mengundang kerisauan sekiranya ia amat kuat dan berterusan, terutama apabila anda sendiri tidak dapat mengenalpasti puncanya.

    Mungkin sesuatu telah berlaku yang membuat bayi marah tapi anda tidak tahu apakah puncanya. Jangan sesekali tidak mempedulikan tangisan tersebut hanya kerana anda tidak dapat mengenal pasti puncanya.

    Bayi tidak akan sengaja membuatkan anda risau dengan tangisan mereka. Bayi inginkan lebih perhatian, mereka perlu ditenangkan dan didukung apabila mereka menangis.

    Sesetengah bayi, terutama yang aktif memerlukan lebih perhatian berbanding yang kurang aktif.

    Yang pasti, bayi tidak akan menimbulkan perangai buruk atau menjadi mengada-ada sekiranya mereka dimanjakan oleh kedua-dua ibu bapa.

    Apa yang harus dilakukan?

    - Dukung

    Pegang erat bayi anda, rapatkan dia ke dada dan usap belakangnya. Jangan sering bertukar posisi dukung, duduk atau bangun. Anda boleh juga mendodoi sambil berjalan perlahan. Ingatkan diri bahawa anda tidak boleh menghentikan tangisan bayi serta merta. Ia bukan mudah kerana ada bayi yang menolak jika anda ingin mendukung mereka, jika ini berlaku cuba juga tetapi dengan cara wajah mereka membelakangi anda.

    - Pergerakan

    Angkat bayi yang sedang menangis itu. Cuba letakkan mereka dalam kain pendukung bayi dan berjalan-jalanlah. Anda juga boleh membawa bayi keluar. Bayi suka melihat benda yang bergerak seperti pokok dan bayang, namun ingat mereka tidak suka akan pancaran matahari yang bersinar di mata mereka.

    - Menghisap

    Menghisap jari atau puting boleh membantu bayi menenangkan diri mereka dan seterusnya menghentikan tangisan. Jika bayi menghisap susu badan, cuba rapatkan puting pada mulutnya. Jika menghisap botol pula, cuba berikan botol berisi air suam.

    - Mandian yang menenangkan

    Sesetengah bayi akan berasa tenang dan seronok apabila mandi, tapi ada juga bayi yang langsung tidak menyukai cadangan ini. Mandian boleh membantu bayi untuk tenang daripada tangisan mereka. Penuhi bekas mandian bayi dengan air sejuk dan tambah sedikit air panas, pastikan ia tidak terlalu panas sebelum meletakkan bayi ke dalamnya. Jangan sesekali biarkan mereka sendiri di dalam bilik mandi.

    - Urutan bayi

    Gosok perut bayi secara lembut dan kemas dalam pergerakan membulat. Anda boleh mendapat maklumat tambahan tentang urutan bayi menerusi buku panduan mengurut bayi.

    - Bermain

    Cuba alih tumpuan tangisan bayi anda dengan mainan kegemarannya. Cara ini tidak akan berkesan sekiranya bayi anda terlalu penat dan cara ini mungkin akan menyebabkan tangisan mereka menjadi lebih teruk lagi. Jangan teruskan cara ini jika tidak berjaya menenangkan bayi anda.

    Wednesday, November 26, 2008

    Ibuku seorang pembohong ???



    Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.


    Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

    Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

    Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

    Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

    Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

    Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

    Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.
    Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

    Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

    Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

    Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…

    Petua RumahTangga Bahagia


    Petua RumahTangga Bahagia - Oleh Ustadz Asmungi Sidek
    (Bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Selangor).

    1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

    2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

    3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

    4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.

    5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

    6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

    7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

    8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

    9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

    10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

    11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

    12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

    13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

    14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

    15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

    16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

    17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

    18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

    19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

    20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

    21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

    22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.

    23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya

    Monday, November 17, 2008

    Seksi tanpa perlu seksi



    SEMAKIN si dia mencintai dirimu, makin seksi pula kamu pada pandangannya.


    TIDAK perlu mengeluarkan wang yang banyak semata-mata untuk mencapai tahap keghairahan si dia terhadap diri kamu. Lupakan sejenak tentang pakaian malam berpotongan seksi, berkain nipis yang hanya menutupi kawasan titik sensitif, meniru adegan filem lucah atau aksi provokatif nan seksual bagi membuatkan dirinya terasa begitu berdesis.

    Untuk itu, beberapa pakar seksualitinya telah melakukan kaji selidik untuk melihat perkara yang perlu dilakukan seorang wanita agar dirinya kelihatan seksi di mata suami.

    Penerimaan pendapat, analisis intonasi suara dan menghitung tahap orgasma (kemuncak kenikmatan seksual) merupakan langkah yang dijalankan dalam kajian tersebut. Keputusannya, terdapat lima perkara yang pasti membuat si wanita itu menjelma sebagai makhluk paling seksi di mata lelaki

    1. Saat tersenyum dan saling memandang
    Menurut satu kajian penelitian di Universiti Scotland, saat kamu tersenyum tulus sambil memandang mata seorang lelaki, wajah kamu akan dipandang dua kali lebih menarik daripada saat kamu memandang si dia tanpa secubit senyuman.

    Pandangan mata penuh rahsia dan erti yang kamu berikan itu juga menjadi penyampai pesanan yang lebih efektif. Saat dia menerima pesan kamu itu, jantungnya dengan tiba-tiba akan berdegup lebih kencang, bak dilanda satu kejutan hebat.




    2. Saat menggunakan bahasa tubuh
    Menurut satu penyelidikan yang dilakukan oleh seorang psikologi dari Universiti Webster, Monica Moore, pada tahun 1985, sudah terungkap bahawa kamu dikategorikan sebagai perayu terulung dengan hanya menggunakan bahasa tubuh. Misalnya, dengan sengaja membelai rambut atau membasahi bibir saat berhadapan dengannya. Manakala, kaum lelaki dalam kajian yang dilakukan oleh Moore pula mengaku bahawa mereka akan memahami erti bahasa tersebut dan menganggapnya sangat seksi.

    Tetapi, bagaimana pula jika kamu dikategorikan sebagai seorang yang pemalu? Pilihlah zon yang selesa, misalnya jika kamu berasa nyaman ketika berada di kafe, jangan ragu untuk melemparkan isyarat kepadanya di tempat ini.

    3. Saat kamu dilihat sedang berdiet
    Lupakan niat untuk memiliki bentuk tubuh yang menggoda ala selebriti tersohor. Tetapi jangan pula membiarkan bentuk tubuh anda tidak terhaga.

    Ini kerana, ternyata si dia tidak begitu menyukainya. Penelitian yang dilakukan oleh para pengkaji seksualiti dari Universiti Texas menunjukkan bahawa kaum lelaki lebih memilih wanita dengan badan yang sederhana, tidak terlalu gemuk dan tidak terlalu kurus.

    Menurut pakar psikologi, Devendra Singh, lelaki memilih seperti itu disebabkan minda mereka telah dipengaruhi oleh psikologi evolusi. Bagi mereka, wanita yang bertubuh gempal dianggap sihat dan lebih subur.




    4. Saat sedang subur
    Saat sedang berada pada waktu subur, kamu dilihat lebih seksi di mata si dia.

    Waktu perhubungan keintiman kedua-dua pasangan sangat penting kerana ia akan lebih berkesan dibuat semasa waktu ovum subur. Pasangan harus melakukan hubungan seks tiga kali seminggu sewaktu ovulasi sedang aktif.

    Oleh itu, kadar estrogen yang naik sebelum ovulasi, kulit akan dilihat lebih kenyal. Selain itu, tubuh kamu juga akan mengirimkan isyarat, 'ini adalah waktu sesuai aku melakukan hubungan seksual'.

    5. Saat kamu wanita paling dicintainya
    Semakin si dia mencintai diri kamu, makin seksi kamu pada pandangannya. Penelitian telah menunjukkan bahawa semakin kita kenal, suka, dan menghargai seseorang, semakin itu jugalah dia menarik jiwanya untuk menyintai kita sepenuh hati dan raganya. - NOOR HASLIZA NUSI

    Saya minta maaf'



    SALAM dan pelukan menguatkan lagi rasa keikhlasan dalam ucapan maaf.


    MEMINTA maaf adalah dua perkataan yang ringkas tetapi sukar dilafazkan oleh kebanyakan orang. Malah, bagi kanak-kanak atau remaja, tindakan meminta maaf mungkin tidak wujudl dalam kamus hidup jika tidak 'diperkenalkan' terlebih dahulu oleh ibu bapa.

    Ada yang berpendapat mengajar anak meminta maaf mungkin bukan satu idea yang baik. Sebabnya, tindakan ini mendidik anak menganalisis dan seterusnya menyebabkan mereka sukar menikmati zaman kanak-kanak secara natural.

    Tetapi, apakah keperluan tindakan meminta maaf sememangnya perlu diterapkan dalam diri anak sejak awal usia lagi?

    Perunding dan penceramah etika perniagaan terkemuka, Lauren Bloom pernah berkata, meminta maaf adalah satu kemahiran sosial yang penting.

    Katanya, kanak-kanak yang belajar 'etika' ini bakal menjadi manusia yang efektif dalam apa jua keadaan apabila dewasa nanti.

    "Kita semua melakukan kesalahan. Ini adalah sebahagian daripada lumrah kehidupan. Tapi, kesalahan atau kesilapan kecil yang kita buat mungkin memberi impak berlanjutan kepada orang lain jika tidak disusuli dengan maaf.

    "Mendidik anak meminta maaf apabila berlaku kesilapan boleh membantu mereka memahami pentingnya sebuah hubungan dan menghormati orang lain," kata Bloom dalam blognya.


    MEMINTA maaf mendidik anak jauh daripada sifat ego.


    Jika begitu situasinya, apakah langkah mudah untuk membiasakan anak meminta maaf apabila perlu?

    Ibu bapa sebagai contoh

    Tunjukkan kepada anak bagaimana kata maaf boleh dilafazkan. Misalnya, apabila anda tidak sengaja menumpahkan makanan, katakan: "Minta maaf ya. Mama tak sengaja." Kata-kata ini mungkin nampak ringkas tetapi jika diaplikasikan pada kesalahan lain, ia akan melekat dalam pemikiran anak.

    Gunakan bahasa tubuh

    Apabila meminta maaf, bahasa tubuh dan renungan mata juga penting dan boleh berkata-kata. Kata maaf yang disertakan dengan renungan mata menunjukkan rasa kesal si pengucap. Genggaman tangan dan pelukan erat juga boleh menjadi ikutan anak jika anda meminta maaf dengan bahasa tubuh seperti itu. Namun, tegaskan kepada anak bahawa pelukan seperti itu bagaimanapun hanya boleh diberikan kepada orang terdekat seperti ahli keluarga sendiri. Salaman ringkas pula ditujukan kepada kenalan. Sesungguhnya, bahasa tubuh adalah kaedah berkomunikasi yang lebih efektif sebelum seseorang melafazkan kata-kata maaf.

    Ajar anak bertanggungjawab

    Selain itu, anak perlu mengetahui erti bertanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukannya. Misalnya, jika anak merosakkan barang mainannya, maka, setelah meminta maaf, dia patut berkata: "Mak, saya tahu saya salah. Saya tidak akan ulangi perbuatan yang sama lagi." Hanya dengan cara ini, anak tahu dirinya salah dan perlu bertanggungjawab terhadap kesilapan diri.

    Hargai anak

    Kata maaf yang diucapkan tidak tinggi maknanya tanpa penghargaan daripada si penerima. Justeru itu, adalah penting untuk anda sebagai ibu bapa memberi tanda menghargai menerusi pujian. Sebagai contoh, katakanlah: "Wah, pandainya nak. Baiklah, mak maafkan, ya." Tindakan ini bukan sahaja boleh melegakan rasa si peminta maaf, malah boleh menguatkan lagi hubungan sesama manusia.

    Dalam pada itu, apakah yang akan berlaku jika anak yang bersalah tidak biasa meminta maaf? Pertama, anak mungkin terpaksa berdepan dengan situasi diasingkan daripada kelompok rakan sebaya atau pergaulannya mungkin menjadi terbatas. Keadaan ini sekali gus boleh menjejaskan perkembangan sosialnya.

    Jadi, apa sekali pun alasannya, percayalah, etika meminta maaf yang dipelajari sejak kecil boleh memanfaatkan empunya badan apabila dewasa kelak.

    Thursday, November 13, 2008

    Diri Kita Tatkala Di Dalam Perut Ibuda Tersayang..

    SAYA MULAI DENGAN NAMA ALLAH SWT YANG MAHA KASIHI LAGI MAHA SAYANGI TERHADAP HAMBA HAMBA NYA YANG BERIMAN KEPADA NYA .
    ISLAM AGAMA KASIH SAYANG SESAMA UMAT MANUSIA DI ALAM SEJAGAT RAYA DI DUNIA INI .



    Diri Kita Tatkala Di Dalam Perut Ibuda Tersayang...


    Para sahabat yang ku cintai, kali ini kita akan memundurkan waktu sejenak dan melihat apa yang terjadi pada diri kita tatkala kita berada di dalam RAHIM ibuda kita. Sungguh begitu Agungnya Sang Ilahi membentuk, menjaga dan memelihara diri kita. Kasih Sayang-Nya meliputi seluruh alam semesta. Sungguh Engkau-lah Tuhan kami Yang Maha KasihSayang Ya Rob’bi .


    T.q. Allah swt .

    RAHIM wanita itu bahasa arab wahyu dengan makna kasihSayang Allah swt terhadap manusia yang ia ciptakan. RAHIM juga ada lah salah satu NAMA Allah swt .Bergitu Lah mulia Nya wanita di isi Allah swt .Bila mana suami isteri bersatu tubuh badan Nya yang dua menjadi SATU dengan penuh kasihsayang untuk mendapat zuriat yang TERSAYANG .

    Sahabatku, foto-foto di bawah ini memperlihatkan proses apa saja yang terjadi pada sang janin kita hingga pada akhirnya kita menjadi seorang manusia pada hari ini . Prosesnya dijelaskan secara bertahap dimulai dari minggu ke 8. Mari Sahabatku kita mulai perjalanan ini.

    “Saya mulai Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”

    Ingatan Allah swt kepada kita Manusia yang masih hidup ini ,

    “Dialah yang membentuk kamu didalam RAHIM ibu mu sebagaimana dikehendaki-Nya.
    Tak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

    Surah Ali- Imran Ayat 6


    Photobucket






    Photobucket


    Dimulai pada minggu ke 4-8:

    Terjadi pembentukan awal embrio diri manusia yang sudah memiliki sistim vaskuler (peredaran darah). Jantung janin mulai berdetik, dan semua organ tubuh lainnya mulai terbentuk. Muncul tulang-tulang wajah, mata, jari kaki, dan tangan.


    Pada fasa ini pun sudah terbentuk jantung degutan yang terdiri dari dua selaput tipis. Selaput ini berisi air degutan tempat bayi terapung di dalam rahim. Air degutan akan menjaga bayi dari cedera akibat benturan dari luar selama masa kehamilan.


    Photobucket


    Pada minggu ke 8-12:

    Organ-organ tubuh utama janin kita telah terbentuk. Bentuk kepalanya pun kini lebih besar dibandingkan dengan badannya, sehingga dapat menampung otak yang terus berkembang dengan pesat. Ia juga telah memiliki dagu, hidung, dan kelopak mata yang jelas. Di dalam rahim, janin kita mulai dapat melakukan aktifitas seperti menendang dengan lembut Nya .

    Pada minggu ke 12-16:

    Paru-parunya janin mulai berkembang dan detak jantungnya dapat didengar melalui alat ultrasonografi (USG). Wajahnya mulai dapat membentuk ekspresi tertentu, dan di matanya mulai tumbuh alis dan bulu mata. Kini ia dapat memutar kepalanya dan membuka mulut. Rambutnya mulai tumbuh kasar dan berwarna. Bahkan kakinya pun sudah tumbuh lebih panjang dari tangannya.

    Photobucket

    Pada minggu ke 16-20:

    Hidung dan telinga tampak jelas, kulit merah, rambut mulai tumbuh, dan semua bagian sudah terbentuk lengkap. Pembuluh darah terlihat dengan jelas pada kulit janin kita yang tipis. Tubuhnya ditutupi rambut halus yang disebut lanugo. Si kecil kini mulai lebih teratur dan terkoordinasi dan beraksi terhadap suara ibunya.

    Pada minggu ke 20-24:

    Pada saat ini, alat kelaminnya mulai terbentuk, cuping hidungnya terbuka, dan ia mulai melakukan gerakan pernapasan. Pusat-pusat tulangnya pun mulai mengeras. Selain itu, kini ia mulai memiliki waktu-waktu tertentu untuk tidur.


    Photobucket


    Berkat teknologi 3D Ecography, kita boleh melihat sang janin kita dengan jelas, bahkan jelas wajahnya.


    Photobucket

    Pada minggu ke 24-28:

    Di bawah kulit, lemak sudah mulai menumpuk. Di kulit kepala rambut mulai bertumbuhan, kelopak matanya membuka, dan otaknya mulai aktif. Ia dapat mendengar sekarang, baik suara dari dalam maupun dari luar (lingkungan). Ia dapat mengenali suara ibunya dan detak jantungnya bertambah cepat jika ibunya berbicara.


    Photobucket

    Pada minggu ke 28-32:

    Walaupun gerakannya sudah mulai terbatas karena beratnya yang semakin bertambah, namun matanya sudah mulai bisa berkedip akibat melihat cahaya melalui dinding perut ibunya. Kepalanya sudah mengarah ke bawah. Paru-parunya belum sempurna, namun jika saat ini ia terlahir ke dunia, si kecil kemungkinan besar telah dapat bertahan hidup. Si kecil kini sudah terbentuk dengan sempurna.

    Pada minggu ke 36:

    Sang bayi kerap berlatih bernafas, mengisap, dan menelan. Rambut-rambut halus di sekujur tubuhnya telah menghilang dan badannya menjadi lebih bulat. Bayi yang dikandung oleh sebagaian wanita yang hamil untuk pertama kalinya akan mengalami penurunan, yaitu turunnya kepala ke rongga panggul (bayi sudah “turun”).

    Pada minggu ke 38:

    Kepalanya telah berada pada rongga panggul, siap untuk dilahirkan. Hal tersebut menunjukkan bahwa waktu persalinan sudah dekat. Kini, sang bayi seolah-olah “mempersiapkan diri” bagi kelahirannya ke dunia.


    Photobucket

    Pada minggu ke 40 [9 Bulan]:

    Apa yang dulunya hanyalah sebuah sel, sekarang telah menjadi manusia. Dalam beberapa hari, bahwa bayi telah siap untuk dilahirkan. Sang bayi masih tidur dengan tenang di dalam rahim ibunya.
    Ia tidak mengetahui bahwa sesaat lagi ia akan meninggalkan “rumah”nya untuk melewati proses terbesar dalam kehidupannya yaitu KELAHIRAN Nya itu ! Walaupun proses ini menyakitkan bagi sang ibu dan sang bayi tetapi melalui hal inilah…

    KEAJAIBAN KEHIDUPAN TERJADI DENGAN PENUH KASIH SAYANG DARI SANG IBU DAN AYAH !


    Photobucket


    Ini lah alam ke dua yang di lalui oleh kita manusia ini .yang mana kita mempunyai 5 alam semua Nya .dengan 5 solat sehari semalaman

    5 Alam :
    1 . Alam roh .alam mula mula kejadian Nyawa kita .
    2 . Alam yang kita bicara ini alam rahim atau kandungan .
    3. Alam Dunia yang kita hidup sekarang ini .yang mana kita sudah mula lalai dan lupa kepada Allah swt yang mengcipta kita dengan kita meninggalkan buku novel Al-Kitab Allah swt Al-Quran yang berbahasa arab wahyu yang huruf Nya bermula dari kanan sebagai bahan kehidupan seharian kita .
    4 .Alam kubur atau barzakh .semasa mati kita esok hari
    5. Alam yang mana kita semua akan dikumpul kan semua Nya yang dipanggil alam padang masyar .Bila mana dunia ini akan dihancurkan oleh Allah swt pada satu hari nanti yang kita nama kan kiamat .


    Photobucket


    5 waktu solat sehari semalam .

    1 subuh . Roh Nyawa kita mula di ciptakan .


    2 zohor . waktu di alam rahim .


    3 Asar . Waktu menuju kepetang dan akan menghadapi malam .Waktu hidup di Dunia ini dan kita akan mati .Subuh hingga Asar itu lah waktu hidup kita di atas Dunia ini yang sebenar nya .Kata kita mula dilahirkan dan mati umor kita 99 tahun waktu ini pada kiraan Allah swt ada lah subuh hingga ke Asar sahaja .Bergitu pendek sekali .Kerana 1000 tahun kita hidup di dunia bagi Allah swt baru 1 hari .


    Sebab itu turun Nya surah al – Asari Ayat 1 – 3 ,
    Allah swt Ingat kan kita supaya jangan lupa dan lalai kerana hanya 4 manusia sahaja yang tidak rugi di dalam kehidupan Nya di dunia ini .

    Firman Allah swt kepada kita yang masih hidup Lagi ini dengan Sumpah Nya ,

    “ Aku bersumpah Demi watu Asar “

    Sesungguh Nya manusia itu di dalam kerugian melainkan 1 mereka yang beriman pada Allah dan Rasullilah saw .2 mereka yang taat setia pada Allah yang berbuat banyak kebaikan yang soleh dan solehah .3 mereka yang bercakap benar kerana Allah dan 4 mereka yang sabar kerana Allah .

    4 Magrib .Waktu gelap malam .Ini Alam kubur kita .

    5 Isyak .Malam hari hingga kepagi .Ini alam padang masyar Perbanyak kan lah solat malam hari (.Kiam'mun'lai ).Semasa orang lain tidur kita bangun menggadap Rob’bi kita ,menggadu munajat dll .Insyallah Allah akan terang kan hati kita membuka hijab hati perasaan kita melihat segala kehidupan 5 alam yang di ciptakan ini untuk kuatkan keyakinan kita .

    Maka terjadi lah kita berjaga solat malam 2 rakaat mereka tidur lena .mereka jaga tapi mereka masih tertidur di dalam kehidupan mereka dengan lalai terlupa pada Allah swt (yakni mati hati perasaan mereka terhadap al-quran yang maha mulia maha suci lagi maha Agong .mereka tidak dapat fahami nya .Na’u’zubillah hi min zalit .) ,sedang kan kita masih terjaga membicarakan sesuatu kebenaran kerana mu rob’bi .

    Sebab itu tiap tiap waktu solat kita membaca Surah Al-Fatihah Ayat 2 .

    Ingatan Allah swt supaya kita tidak lupa diri kita yang berbunyi .
    “ Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam .

    Surah Al-Fatihah Ayat 2


    Photobucket

    “ Ya Allah Ya Tuhan kami Selamatkan kami semua dari siksa kubur mu .

    Amin Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Rob’bal’alamin .

    Wednesday, November 12, 2008

    Isu kesihatan


    Isu kesihatan agar mengusarkan kita akhir-akhir ini:
    1. Isu Melamine (Baca artikel bawah sekali – ramai yang dah maklum). Tambah sikit, bahan plastik seperti beg plastik membungkus/"tapau" teh panas, kekotak putih polestrene yang membungkus makanan panas, air panas yang baru dimasak dimuatkan ke dalam bekas plastik juga memberi kesan seperti melamine.

    2. Pewangi Kereta

    Pewangi kereta kenderaan mengandungi benzene yang meruwap. Walaupun kadar pembebasannya masih pada tahap selamat tetapi kita kena berhati-hati.
    (i) ketika kereta berjemur, tahap pembebasan hingga ke tahap 400ppm
    (ii) pendedahan berterusan (>4 jam) semasa perjalanan jauh
    (iii) pemakaian setiap hari

    Bahaya benzene:
    (a) mengandungi pengalak kanser (karsinogen)
    (b) merosakkan buah pinggang, hati, pengecutan tulang, otak, leukemia
    (c) menggangu DNA, peredaran haid, memberi kesan kepada fetus dalam kandungan
    (d) mengurangkan sel darah merah, anemia

    Tanda-tanda keracunan, gangguan benzene – pening, muntah, mengantuk, sesak nafas, sakit perut, kematian.

    3. Minuman berkarbonat yang mengandungi SodiumBenzoate + Vitamin C. Ujian di Malaysia mendapati kadar benzene hasil tindakbalas kimia dalam sekitar 3.2ppb hingga 12.6ppb. Masih dianggap selamat, bagaimanapun,penggunaan berpanjangan, simptom dan kesan juga seperti Pewangi Kereta.
    4. Berhati-hati dengan ikan yang dikenakan ais, tetapi masih segar, berkilat, insang masih merah. Kemungkinan ada kimia seperti formaldehyle(fomilin) salahsatu jenis bahan dalam pengawetan mayat. Antara tanda-tandanya, lalat menjauhi ikan tersebut. Berhati-hati dengan ayam yang melebihi saiz dan berat dan "segera dewasa untuk tuai" kerana dikhuatiri disuntik dengan bahan penggalak berasakan kimia berbahaya, penggubah DNA atau unsur haiwan.
    5. Seramik-seramik MADE IN CHIN@ , didapati selain tanah liat, terdapat unsur lain seperti abu tulang binatang-binatang. Tahap bahayanya belum dibuat lagi.
    6. Berhati-hati dengan produk bebola ikan, kicap, roti kerana terlalu kerap serbuan oleh pihak berkuasa premisnya didapati kotor, berlumut, berlalat, terdapat najis haiwan dan aspek-aspek kebersihan tidak dijaga oleh para pekerja mahupun pengurusan.
    7. Berhati-hati dengan sayur. Penggunaan racun makhluk perosak (merosakan hati, sistem pernafasan, usus) boleh masuk ke dalam tubuh manusia jika tidak dibasuh dengan cara yang betul. Digalakkan direndam melebihi 5 minit menggunakan cuka (sebaiknya jenis buah-buahan/cecair pencuci khusus untuk sayur)
    8. Minyak-minyak terkena angin yang melegakan mual, sakit perut dan pening dalam kadar segera. Ianya bertindak dengan mencairkan darah dan kita berasa sembuh dengan cepat. Bagaimanapun penggunaan di hidung yang berlebihan dan pemakaian terlalu kerap dan banyak boleh menyebabkan kerosakan paru-paru, saluran pernafasan dan kerosakan hati.
    9. Berhati-hati dengan daging lembu yang dibawa secara tidak sah ke negara ini. Dikhuatiri dijangkiti virus "lembu gila" yang boleh merosakkan otak dan kematian. Susah nak beza, elakkan dulu makan daging, kalau masih mahu juga dapatkan daripada pengeluar tempatan.
    10. Berhati-hati dengan semua jenis mee terutama mee segera. Kalau nak makan juga, buang air rebusan pertama kerana terdapat unsur pelekat dalam mee tersebut yang berbahaya kepada usus dan buah pinggang. Tahapnya masih selamat dan dibenarkan, dikhuatiri penggunaan berpanjangan memberi kesan yang tidak baik.


    Semoga maklumat ini menjadi manfaat kita bersama untuk dijadikan panduan sahaja. Keputusan dan hak ditangan anda.








    Email scanned and protected by IRONPORT-251 from MICROFOCUS (M) SDN. BHD. TEL.603-92051120
    Email scanned and protected by IRONPORT-251 from MICROFOCUS (M) SDN. BHD. TEL.603-92051120

    SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW


    BIODATA RASULULLAH
    SAW
    · Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
    ·
    Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali
    sebagai
    tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang
    menyerang kota
    Ka'abah)
    · Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
    ·
    Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
    · Nama ibu: Aminah
    binti Wahab bin 'Abdul Manaf
    · Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah
    (digelar Ummu Aiman. Hamba
    perempuan bapa Rasulullah SAW)
    · Ibu susu
    pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
    · Ibu susu kedua: Halimah
    binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali
    Halimah As-Sa'diah. Suaminya
    bernama Abu Kabsyah)

    USIA 5 TAHUN
    · Peristiwa pembelahan dada
    Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua
    malaikat untuk mengeluarkan bahagian
    syaitan yang wujud di
    dalamnya.

    USIA 6 TAHUN
    · Ibunya Aminah
    binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa'
    (sebuah kampung
    yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
    · Baginda dipelihara oleh Ummu
    Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
    dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul
    Muttalib.

    USIA 8 TAHUN
    · Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal
    dunia.
    · Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

    USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
    ·
    Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
    perniagaan.

    · Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama
    Bahira
    (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan
    tentang
    pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada
    masa
    itu.

    USIA 20 TAHUN
    · Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu
    Hisyam di dalam kitab 'Sirah' ,
    jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada
    ketika itu usia Muhammad SAW ialah
    14 atau 15 tahun. Baginda menyertai
    peperangan itu beberapa hari dan
    berperanan mengumpulkan anak-anak panah
    sahaja.
    · Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk
    memberi
    pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah..

    USIA 25
    TAHUN
    · Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan
    Khadijah
    binti Khuwailid Al-Asadiyah.
    · Perjalanan ke Syam ditemani oleh
    Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
    · Baginda SAW bersama-sama Abu Talib
    dan beberapa orang bapa saudaranya
    yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad
    (bapa saudara Khadijah) untuk
    meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika
    itu.
    · Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

    USIA 35 TAHUN
    · Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding
    Ka'abah.
    · Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan
    penduduk
    Mekah.
    · Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan
    'Hajarul-Aswad' ke
    tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan
    berhubung perletakan
    batu tersebut.

    USIA 40 TAHUN
    · Menerima
    wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
    akhir zaman.

    USIA 53 TAHUN
    · Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani
    oleh Saidina Abu
    Bakar Al-Siddiq.
    · Sampai ke Madinah pada tanggal 12
    Rabiulawal/ 24 September 622M.

    USIA 63 TAHUN
    · Kewafatan Rasulullah
    SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
    Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun
    632M.

    ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
    § Khadijah Binti Khuwailid

    § Saudah Binti Zam'ah
    § 'Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu
    Bakar)
    § Hafsah binti 'Umar (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab)
    § Ummi
    Habibah Binti Abu Sufyan
    § Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)

    § Zainab Binti Jahsy
    § Maimunah Binti Harith
    § Safiyah Binti
    Huyai bin Akhtab
    § Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu
    Orang Miskin)

    ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
    1. Qasim
    2. Abdullah

    3. Ibrahim
    4. Zainab
    5. Ruqaiyah
    6. Ummi Kalthum
    7. Fatimah
    Al-Zahra'

    ANAK TIRI RASULULLAH SAW
    Halah bin Hind bin Habbasy bin
    Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
    Khadijah bersama Hind bin Habbasy.
    Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
    Khadijah adalah seorang janda).

    SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

    IBU SUSUAN

    SAUDARA SUSUAN

    1.. Thuwaibah
    1. Hamzah
    2. Abu Salamah Abdullah
    bin Abdul Asad
    1. Halimah Al-Saidiyyah
    1. Abu Sufyan bin
    Harith bin Abdul Mutallib
    2. Abdullah bin Harith bin Abdul 'Uzza

    3.. Syaima' binti Harith bin Abdul 'Uzza
    4. 'Aisyah binti
    Harith bin abdul 'Uzza

    BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK
    KEPADA ABDUL MUTTALIB)
    1. Al-Harith
    2. Muqawwam
    3. Zubair
    4.
    Hamzah ***
    5. Al-'Abbas ***
    6. Abu Talib
    7. Abu Lahab (nama asalnya
    'Abdul 'Uzza)
    8.. Abdul Ka'bah
    9. Hijl
    10. Dhirar
    11. Umaimah

    12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
    13.. 'Atiqah ##
    14. Arwa ##
    15.
    Umaimah
    16. Barrah
    17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-'Awwam) ***

    *** Sempat masuk Islam.
    ## Ulama' berselisih pendapat tentang
    Islamnya.

    Sabda Rasulullah SAW:
    "Sesiapa yang menghidupkan sunnahku,
    maka sesungguhnya dia telah mencintai
    aku. Dan sesiapa yang mencintai aku
    nescaya dia bersama-samaku di dalam
    syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)

    Monday, October 13, 2008

    Pinggan Melamine

    Kebanyakan pinggan plastic di Malaysia dibuat daripada MELAMINE yang mengandungi 'urea formaldehyde' dan sangat berbahaya kepada kesihatan. Urea Formaldehyde adalah sejenis bahan yang biasanya digunakan untuk membuat bekas barangan electric dan 'insulation' wayar electrik. Bahan ini amat berbahaya jika memasuki badan manusia. Ia boleh menyebabkan masalah sistem penghadaman, masalah pernafasan, batu karang, kegagalan buah pinggang, cancer pundi kencing dan kerosakan sistem pembiakan.
    Kebanyakan restoran-restoran di Malaysia juga menggunakan pinggan jenis ini kerana ia tidak mudah pecah dan kelihatan cantik seperti pinggan ceramic. Mudah sahaja untuk mengenali pinggan mangkuk yang diperbuat daripada melamine. Pada kebiasaanya di bawah pinggan ini tertulis MELAMINE. Tetapi pinggan-pinggan melamine yang di buat di Thailand atau China selalunya tidak menulis perkataan ini di pinggan tersebut. Mangkuk pinggan melamine dari Thailand adalah jenis paling berbahaya disebabkan bahan kimia yang terdapat dalam pinggan mangkuk tersebut sangat mudah 'leech out' ke dalam makanan kita, terutamanya jika makanan itu panas. Oleh itu elakkan semua pinggan mangkuk plastik yg kelihatan berkilat seperti seramik, kerana ia kemungkinan besar adalah melamine.
    Selain itu, bahan MELAMINE ini juga boleh bertindak-balas dengan bahan makanan dan membentuk racun yang lebih berbahaya, iaitu melamine cyanurate. Bahan ini akan membentuk crystal seperti kaca yang boleh merosakkan salur darah dan buah pinggang.
    Baru-baru ini kecoh berita tentang pencemaran melamine di dalam susu kanak-kanak. Kira-kira 15 bayi telah mati dan beratus-ratus sakit buah pinggang di China disebabkan oleh bahan ini. Pada tahun 2007 juga, telah kecoh di Amerika Syarikat kerana bahan melamine yang mencemarkan makanan haiwan peliharaan telah membunuh beratus-ratus binatang peliharaan. Ini adalah bahan yang SAMA digunakan di dalam pembuatan pinggan melamine.
    Pinggan-mangkuk melamine ini banyak dijual di pasaraya di Malaysia termasuk di TESCO, GIANT, MYDIN, CARREFOUR dan byk lagi. Untuk keselamatan, gunalah pinggan yg dibuat dari kaca atau seramik kerana bahan ini adalah sangat 'stable' dan tidak beracun.
    Banyak kerajaan di Eropah, New Zealand , kerajaan Amerika Syarikat, dan juga kerajaan UAE telah mengharamkan semua mangkuk pinggan yang diperbuat daripada melamine._,___