Sunday, December 20, 2009

Perutusan Awal Tahun sesi persekolahan 2010

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat menyambut tahun baru 2010 kepada semua warga pendidik serta murid-murid sekolah.

Guru-guru serta Murid-murid yang dikasihi sekalian,

Izinkan saya mengucapkan selamat kembali ke sekolah dan memulakan lembaran baru pada sesi persekolahan 2010. Kepada guru-guru, sambutlah anak-anak didik kita ini ke alam sesi persekolahan yang baru dengan minda yang terbuka dan dengan penuh iltizam untuk membentuk mereka menjadi insan yang cemerlang seperti yang diharapkan oleh ibu bapa mereka dan negara.

Kepada murid-murid sekalian, ingatlah, sebagai generasi pewaris negara usaha murni menuntut ilmu dan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti baik di dalam bilik darjah mahupun gerak kerja di luar bilik darjah adalah satu usaha membentuk personaliti, ketrampilan diri dan jati diri sebagai anak Malaysia. Ibu bapa, guru, masyarakat bahkan negara akan sama-sama berasa bangga apabila murid-murid berjaya dalam pelbagai bidang yang dipelajari di sekolah.

Saya menyeru kepada semua murid rebutlah peluang dan segala kemudahan yang disediakan di sekolah untuk menyiapkan diri sebagai orang yang berilmu, beramal dan menyumbang kepada kemajuan diri, masyarakat dan negara. Modal insan yang cemerlang tidak dapat dilahirkan dalam sekelip mata, bahkan ianya adalah usaha yang berterusan yang perlu dipupuk, dibimbing dan diasah bakat seperti kata pepatah, melentur buluh hendaklah dari rebungnya. Pepatah juga mengatakan, “Akar ilmu itu memangnya pahit tetapi buahnya adalah lazat”. Maka sebagai murid, anda semua yang seharusnya berusaha untuk menjadi orang yang berpelajaran kerana pencapaian dalam masa persekolahan merupakan kenangan yang paling manis untuk diimbau kelak.

Para guru dan murid-murid sekalian,

Yang muda dikasihi, yang tua dihormati adalah satu perpatah yang perlu dipegang oleh semua guru dan murid-murid. Guru selaku suri teladan perlulah menunjukkan kasih kepada anak-anak murid mereka. Guru sabagai satu personalia seharusnya dapat menggunakan kebijaksanaan untuk menyentuh jiwa dan perasaan semua murid semasa berkomunikasi dua hala supaya ianya ibarat kata-kata yang terpahat di batu, kekal dalam ingatan, dan tidak hanya menjadi tulisan di atas pasir, yang hilang apabila di tiup angin.

Dalam alaf nano teknologi ini, semua pendidik perlu menyiapkan diri untuk mengemaskinikan semua fakta dan ilmu yang hendak disampaikan dalam mata pelajaran masing-masing. Gunakanlah kemudahan teknologi komunikasi maklumat untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang di sampaikan satu peristiwa yang sangat menyeronokkan kepada semua murid, bahkan para guru juga turut memperoleh pengalaman dan pengetahuan semasa berinteraksi dengan murid-murid.

Sebagai pendidik, semua guru harus menjiwai profesion ini kerana ianya merupakan satu profesion amat mencabar. Kalau seorang tukang jahit salah menjahit baju, hanya sehelai baju yang rosak tetapi jika seorang pendidik salah memberi didikan, kesannya adalah kepada satu generasi pewaris negara. seperti yang diungkapkan oleh Allahyarham Dato' Usman bin Awang (1979), "Berburu ke padang datar, Dapat rusa belang kaki, Berguru kepalang ajar Ibarat bunga kembang tak jadi”

Saya ingin menyeru kepada guru untuk memberi dedikasi, komitmen, dan keprihatinan yang tinggi kepada semua anak-anak didik. Guru selaku orang yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman dapat mengenal pasti potensi dan bakat yang ada dalam setiap anak murid. Maka guru perlu menggembleng tenaga dan kepakaran untuk menggunakan maklumat ini bagi menggilap bakat dan memperkukuhkan potensi diri murid-murid untuk berjaya dalam semua bidang yang diceburi serta mengimbangi perkembangan intelek, rohani, jasmani dan emosi.

Para guru dan murid sekalian,

Dalam memastikan kualiti pendidikan dan perkhidmatan yang disampaikan kepada murid-murid, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjadikan empat perkara sebagai fokus utama dalam bidang keberhasilan utama; iaitu Perluasan Prasekolah, Literasi dan Numerasi (Linus), Sekolah Berprestasi Tinggi, dan New deals for principals. Maka semua warga pendidik perlu menyambut perubahan yang sedang berlaku ini dengan tangan terbuka dan minda yang positif (positive mind-set) bagi memastikan semua yang di rencana dapat dilaksanakan mengikut perancangan dan membuahkan hasil yang menunjukkan peningkatan dalam kualiti pendidikan di negara ini. Guru sebagai sumber ilmu perlu memantapkan diri melalui pendidikan berterusan. Penyertaan guru dalam pelbagai wacana dan forum serta kegiatan di pusat-pusat kegiatan guru adalah satu usaha yang berterusan dan perlu difokuskan untuk menambah ilmu serta pengetahuan kerana guru bukan saja sebagai penyampai ilmu bahkan orang yang bertanggungjawab untuk membentuk kaedah pemikiran positif dalam kalangan anak-anak murid. Pepatah ”jangan diberi ikan, tetapi ajarlah memancing ikan” adalah satu pepatah yang sangat hampir dengan profesion perguruan.

Para guru dan murid-murid yang saya kasihi,

YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran menyarankan sukan perlu diperkasakan. Maka bagi mencapai hasrat tersebut para guru dan murid-murid seharusnya bergiat aktif dalam pelbagai bidang sukan mahupun aktiviti kokurikulum sebagai usaha membudayakan gaya hidup sihat dan juga kecemerlangan sukan untuk negara.

Kepada murid-murid yang baru sahaja berjaya dalam peperiksaan UPSR dan PMR, saya mengucapkan tahniah dan teruskan perjuangan anda dalam usaha mencari ilmu dan pengalaman. Bagi murid-murid yang baru memasuki Tahun 1, jangan risau dan bimbang kerana seperti kakak dan abang-abang anda, sudah pasti pengalaman persekolahan akan menjadi satu yang menyeronokkan kerana anda akan memperoleh ramai kawan-kawan baru serta mendapat ilmu pengetahuan yang amat berguna sebagai persiapan menghadapi hari muka.

Harapan saya, kepada semua guru dan murid, marilah kita bersama-sama berusaha untuk memajukan diri, masyarakat dan negara dalam semangat gagasan “1Malaysia, Rakyat Didahulukan Dan Pencapaian Diutamakan”.




Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin Bin Haji Mohd Dom
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
4 Januari 2010, bersamaan 18 Muharam 1431

Friday, May 22, 2009

Mandi Wajib, Wajah & Hati Yang Cantik & Rahsia 1

> > > Salam.......
> > > Berkongsi sedikit ilmu... dari JAKIM.
> > > *
> > > Mandi wajib yg betul*
> > >
> > > Mandi wajib merupakan perkataan yg mudah disebut, ttp jgn tkejut
jika
> > > dikatakan byk umat Islam di tanah air kita yg tidak sah mandi
wajibnya
> > > kerana tidak melakukannya dengan betul.
> > >
> > > Untuk melakukan mandi wajib yg betul, sesorg itu tidak boleh
> melakukannya
> > > dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung shj.
> Sebaliknya,
> > > ia mesti dilakukan dlm kedua2 keadaan bg mbolehkan ssorg itu
meratakan
> > > air keseluruh anggota badanny yg zahir.
> > >
> > > Penolong Pengarah Bahgian Dakwah, Jabatan Keamjuan Islam MAlaysia
> > > (JAKIM), Uztaz Hj MAt Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapaun,
> > > berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di pejabat agama
islam
> > > gombak timur dan penceramah, didapati byk umat islam yg tidak
mengetahui
> > > perkara ini. "Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana
tidak
> > > memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air
keseluruh
> > > anggota badan yg zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yg
> > > dilakukan oleh ssorg itu juga turut tidak sah. Itu lah akibatnya
jika
> > > tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika
ditemui
> > > di rumahnya di taman sri keramat kuala Lumpur.
> > >
> > > Mandi wajib yg juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh
> > > dipandang ringan oleh umat islam. Setiap org yg mlakukannya
mestilah
> > > mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib ssorg
itu
> > > tidak akan sah.
> > >
> > > Rukun mandi wajib ada 3... Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis
di
> > > badan. Ketiga,meratakan air keseluruh anggota badan yg zahir.
> > >
> > > "Niat mandi wajib: "Shj aku mengangkat hasar besar kerana Allah
Taala."
> > >
> > > Atau " Shj aku mandi wajib kerana Allah Taala."
> > >
> > > Niat itu di dlm hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai
ke
> > > mana2 bhgn anggota badan.
> > >
> > > "Bagi ppuan yg habis haid, niat mandi wajib ialah: " Shj aku
menggangkat
> > >
> > > hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi ppuan yg habis
nifas,
niat
> > > mandi wajibnya ialah: " Shj aku mengangkat hadas nifas kerana
Allah
> > > Taala".
> > >
> > > Niat itu jika dilambatkan atau ketika ssorg itu memulakannya slps
dia
> > > tlh mbasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya
tidak
> > > sah. Oleh itu dia mestilah mmulakan kembali niatnya ketika dia
mula
> > > menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat

> > > sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu
mandi
> > > wajibnya tidak sah." Jelasnya lagi.
> > >
> > > Mengenai rukun mandi wajib yg ke2, iaitu menghilangkan najis yg
ada pd
> > > badan, menurut uztaz hj mat jais, menurut imam nawawi, jika kita
ada
> > > najis dibadan, najis itu blh dibasuh serentak dgn mandi wajib.
Ertinya
> > > mbasuh najis dgn mandi itu boleh disekalikan.
> > >
> > > "Sementara rukun mandi wajib yg ke3, iaitu meratakan air keseluruh

> > > anggota badan yg zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yg ada di
badan,
> > > sama ada bulu2 yg jarang atau lebat. "jika rambut ssorg itu
ditocang
> > > atau disanggul,sekirany tak sampai air ke dalamny, tocang atau
sanggul
> > > itu wajib la dibuka. Bulu2 dlm lubang hidung pula, tidak wajib
dibasuh
> > > kerana dianggap batin. Ttp sekiranya, bulu2 di dlm hidung itu
> > > bernajis,ia wajibla dibasuh.
> > >
> > > "Mengenai kuku pula, jika di dlm kuku ada kotoran yg blh mhalang
sampai
> > > air ke badan khususny di bhgn bwh kuku, kotoran itu wajiblah
dibuang.
> > > Mbuang kotoran di dlm kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang
mandi.
> > >
> > > "Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, ini lah yg
merumitnya.
> > > Sbnrny jika rambut ssorg itu diwarnakan dgn pewarna slain
inai,mandi
> > > wajib ssorg itu tidak sah.
> > >
> > > "Oleh itu, ssorg yg mwarnakan rambutnya dgn pewarna slain inai,
jika
dia
> > >
> > > hendak mandi wajib, dia mestilah mbuang pewarna pd rambutnya
tlebih
> > > dahulu. Tp untuk mbuang pewarna itu pula bagaimana?.. ini lah yg
> > > rumitnya. Sedangkan pwarna pd rambut itu sbnrny tidak blh dibuang
begitu
> > > mudah.
> > >
> > > "Yang menyebabkan mandi wajib org yg menggunakan pwrna pd rambutny
tidak
> > > sah kerana pwarna itu akan menyalut rambutnya yg menghalang air
sampai
> > > ke rambut. Ini bbeza dgn inai. Inai sbnrnya akan meresap ke
rambut,
ttp
> > > pwarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air thalang ke
rambut."
> > >
> > > "tp dlm hal ini, jgn pula ada yg slh phm. Sbnrny pwarna itu jika
> > > dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM sekiranya pwarna itu tidak
bernajis,
> > > bukan lah bmaksud menjadi tidak sah?.. Dalam hal ini, sukalah sy
> > > menyatakan bhw sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi,
mestilah
> > > dipandang dari sudut yg berbeza.
> > >
> > > "Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai
rukun
> > > mandi wajib seperti yg telah sy nyatakan ini adalah merupakan
perbezaan
> > > sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian
yg
> > > serius orlh umat islam.
> > >
> > > Mengenai sbb2 ssorg itu wajib mandi wajib pula, uztz hj mat jais
> > > menegaskan, ssb2 nya tdiri drp 6 sbb. 3 sbb mlibatkan lelaki dan
ppuan
> > > iaitu kerana bersetubuh wpun tidak kuar air mani, keluar air mani
dan
> > > mati. Manakala 3 sbb lagi hny mlibatkan kaum ppuan shj,iaitu
keluar
> > > darah haid, nifas dan mlahirkan anak (wiladah).
> > >
> > > "Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dgn menggunakan air mutlak
sama
ada
> > > air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
> > >
> > > "Bagi pasangan suami isteri yg bersetubuh pula,mereka tidak
semestiny
> > > mandi slps bsetubuh, ttp diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.
> > > Selepas bsetubuh pula, jika ia dilakukan pd waktu mlm, jika tidak
mahu
> > > mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah
sunat,
> > > manakala tidak bwuduk sblm tidur adalah makhruh."
> > >
> > > Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal
5
> > > kali sehari dengan air wudhu Jangan langsung dikeringkan, biarkan
> > > menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat,
berdzikir,
> dan
> > > berdo'a.
> > >
> > > Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan
> > > memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh
tubuh.
> > > Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.
> > >
> > > Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya
di
> > > bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci',
"Allahuma
> > > Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana
engkau
> > > telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR
Ahmad).-
> > >
> > > *DOA TENGOK CERMIN *
> > >
> > > Untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak
> > > berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri
atau
> > > takabur.
> > >
> > > Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa
> > > seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi
puasa
> > > Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal,
perbanyak
> > > sayuran, buah-buahan, dan air putih.
> > >
> > > Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan
demikian
> > > kita akan banyak dikenal dan disayangi.
> > >
> > > *Subject: FW: Rahsia 13 *
> > >
> > > Assalamua'laikum wr wb........... ..
> > >
> > > Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu
atau
> > > panduan bagi yang baru tahu......
> > >
> > > 1 - Niat Sembahyang :
> > > Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
> > >
> > > 2 - Berdiri Betul :
> > > Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di
dalamkubur.
> > >
> > > 3 - Takbir-ratul Ihram :
> > > Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
> > >
> > > 4 - Fatihah :
> > > Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur
> > >
> > > 5 - Ruqu' :
> > > Sebagai tikar kita di dalam kubur.
> > >
> > > 6 - I'tidal :
> > > Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam
> kubur.
> > >
> > > 7 - Sujud :
> > > Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
> > >
> > > 8 - Duduk antara 2 Sujud :
> > > Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
> > >
> > > 9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
> > > Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
> > >
> > > 1 0 -Tahhiyat Akhir :
> > > Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar &
Nankir
> di
> > > dalam kubur.
> > >
> > > 11 - Selawat Nabi :
> > > Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
> > >
> > > 12 - Salam :
> > > Memelihara kita di dalam kubur.
> > >
> > > 13 - Tertib :
> > > Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
> > >
> > > Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
> > >
> > > "Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /
> > > Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab
mengapa
> > > mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the
13th
> > > "jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"
> > >
> > > Wassalam.
> > >
> > > "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia
itu
> > > adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

Thursday, December 11, 2008

Diet kencing manis


Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my

BILA bercakap soal kencing manis, perkara utama yang ditekankan berulang-ulang semua pakar perubatan ialah menjaga pemakanan. Bukan setakat pengambilan gula, malah semuanya perlu dikurangkan terutama makanan yang mengandungi karbohidrat dan gula asli termasuklah buah-buahan.

Malah ada pakar pemakanan menyifatkan buah- buahan tempatan adalah ancaman utama kepada pemakanan pesakit kencing manis kerana yang lebih ranum, lebih enak rasanya dan semakin tinggi pula kandungan gulanya.

Pada pesakit kencing manis mengawal paras gula dalam darah supaya berada dalam julat sihat bukanlah mudah. Ia memerlukan disiplin dan kesungguhan. Bukan paras gula saja yang hendak dikawal tetapi perlu juga memberi tumpuan kepada tahap kolesterol dan tekanan darah.

Kebimbangan ini menyebabkan ada sesetengah pesakit menjadi terlalu berhati-hati sehingga timbul masalah kekurangan zat atau mereka terdorong mengamalkan pemakanan yang tidak sihat. Kajian Universiti Toronto yang disiarkan dalam jurnal Penyelidikan Nutrisi mendapati pesakit kencing manis boleh mengalami gangguan ingatan jika mengamalkan pemakanan tidak sihat terutama tinggi kandungan lemak.

Kajian mendapati selepas satu setengah jam memakan makanan banyak lemak, kebolehan pesakit untuk mengingat perkataan merosot berbanding pesakit yang hanya minum air saja. Pada masa sama apabila pesakit diberikan makanan banyak lemak berserta vitamin C (lebih 1,000 miligram) dan vitamin E (800 IU), didapati prestasi ingatan pesakit sama seperti pesakit yang minum air saja.

Ini menunjukkan bahawa kesan kemerosotan ingatan akibat pemakanan kurang sihat dan tidak seimbang boleh diatasi dengan pengambilan makanan antioksidan seperti vitamin C dan E yang banyak terkandung dalam buah- buahan serta sayur-sayuran.

Walaupun pil vitamin boleh memberikan manfaat yang sama tetapi menurut penyelidik kajian berkenaan, Michael Herman Chui, lebih baik jika pesakit dapat mengambil sumber antioksidan segar kerana ia turut mengandungi pelbagai khasiat lain.

Namun apa yang lebih kerap terjadi di kalangan pesakit dan penduduk di negara kita ialah masalah terlebih makan, kata Perunding Endokrinologi, Dr Faridah Ismail. Pengurangan makan (terutama makanan manis) bukan hanya untuk pesakit saja tetapi ia perlu membabitkan seisi keluarga.

Kajian tempatan menunjukkan secara purata rakyat Malaysia mengambil 125 gram gula atau 25 camca teh gula sehari berbanding kadar yang disarankan iaitu hanya 50 gram. Gula ada banyak kalori tetapi tidak mengandungi khasiat. Ia hanya menyumbang kepada masalah kegemukan.

Menurutnya badan kita mendapat tenaga daripada glukos iaitu gula ringkas. Glukos diperolehi melalui penghadaman makanan berkanji (karbohidarat) seperti nasi, pulut, roti, ubi (kentang, keledek dan keladi), mi dan mi hun, pasta, semua gula yang diproses, madu serta buah-buahan.

Malah hati juga menyimpan glukos yang dikeluarkan apabila ada keperluan. Glukos akan menjadi tenaga selepas ia diserap daripada aliran darah. Proses pemindahan glukos daripada darah ke dalam sel ini dilakukan agen pengangkut yang dipanggil insulin.

“Insulin ialah hormon yang dikeluarkan oleh pankreas. Pengeluaran insulin yang paling aktif ialah selepas makan untuk membantu penyerapan glukos ke semua sel dengan berkesan. Kencing manis berlaku dalam dua keadaan iaitu apabila pankreas tidak lagi mampu mengeluarkan insulin secukupnya atau insulin yang dihasilkan tidak dapat berfungsi sepenuhnya. Keadaan kedua dipanggil rintangan insulin. Keadaan ini mengambil masa yang lama untuk berlaku.

“Badan menjadi kurang sensitif terhadap insulin dan ini menyebabkan pankreas bekerja lebih kuat untuk menghasilkan lebih banyak insulin bagi mengatasi masalah ini. Namun lama kelamaan pankreas akan menjadi lemah tetapi masih tidak mampu menghilangkan rintangan insulin dan akibatnya paras glukos dalam darah menjadi tinggi,” katanya.

Masalahnya, kencing manis tiada tanda khusus malah tidak menunjukkan sebarang tanda pada peringkat awal pembentukannya. Jika ada pun hanyalah kehilangan tenaga dan pesakit terasa cepat penat yang sering disalah anggap gejala ini disebabkan terlalu banyak kerja.

Justeru itulah ramai tidak sedar mereka menghidap kencing manis. Kajian menunjukkan sebaik penyakit dikesan seseorang pesakit sudah menghidap kencing manis sekurang-kurangnya selama lapan hingga 10 tahun.

Antara tanda lain kencing manis ialah:

  • Kerap buang air kecil termasuk pada waktu malam

  • Kerap berasa dahaga dan kebanyakan pesakit menginginkan minuman manis

  • Susut berat badan

  • Cepat penat dan tidak bermaya

  • Kerap alami ruam, gatal dan jangkitan kulit

  • Rasa gatal di kemaluan dan jangkitan vagina pada wanita

  • Tangan dan kaki terasa kebas

  • Luka atau kudis lambat sembuh



    Televisyen, kencing manis dan di-ab-e-tes

    “Terlalu banyak menonton televisyen juga menjadi faktor risiko tambahan yang meningkatkan peluang menjadi obes dan mendapat kencing manis. Tabiat suka menonton televisyen akan membuatkan seseorang menjadi tidak aktif dan lebih buruk jika ia disertakan dengan makan makanan ringan yang boleh menambah berat badan tanpa disedari.

    “Membiarkan berat badan terus bertambah seolah-olah kita mengundang kencing manis datang dalam hidup kita. Malah wanita yang mengalami kencing manis ketika hamil juga perlu lebih berhati-hati dan peka menjaga kesihatan kerana kencing manis ini boleh berulang lagi selepas melahirkan anak terutama apabila memasuki umur 40 tahun,” katanya.

    Justeru itu, beliau menyarankan semua orang menjalani pemeriksaan paras gula dalam darah. Antara ujian yang boleh dilakukan ialah toleran glukos oral. Untuk menjalani ujian ini kita dikehendaki berpuasa pada waktu malam (selama lapan hingga 12 jam).

    Pada waktu pagi kita akan diberi air minuman glukos dan tahap gula dalam darah diukur dua jam selepas itu. Jika tahap gula anda tinggi, maka anda berisiko untuk mendapat kencing manis dan perlu lakukan sesuatu terutama mengubah gaya hidup dan tabiat pemakanan untuk mencegahnya.

    Kencing manis adalah penyakit yang sangat mahal untuk dirawat. Pada 2002, Amerika Syarikat membelanjakan kira-kira RM435 bilion untuk rawatan kencing manis dan jumlah ini dijangka meningkat kepada RM633 bilion menjelang 2020. Rawatan untuk obesiti saja melebihi RM330 bilion setahun.

    Dr Faridah berkata, pesakit masih boleh makan apa yang diingini tetapi dalam kuantiti yang kecil dengan melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan. Begitu juga sayur-sayuran berkanji seperti kentang, keledek, ubi kayu dan labu, jika sudah makan nasi, jangan lagi makan makanan yang mengandungi kanji termasuklah yang dijadikan kerepek.

    Untuk sajian utama, pilih makanan yang mengandungi mil penuh seperti nasi beras perang, roti, pasta atau mi hun diperbuat daripada tepung mil penuh; bersama ikan atau daging tanpa lemak untuk dua hingga tiga kali seminggu.

    “Isi separuh pinggan dengan sayur, satu perempat untuk nasi dan bakinya untuk lauk. Cara begini akan mengurangkan tekanan kepada badan yang secara tidak langsung mengurangkan risiko mendapat kencing manis.

    “Untuk pencuci mulut, ambillah buah-buahan segar dan kongsi makan bersama keluarga. Elakkan minum jus buah terutama jika makan di restoran kerana ia mungkin ditambah gula. Selain itu paling utama jangan minum minuman segera berpaket seperti kopi atau teh 3-dalam-1 yang banyak kandungan gulanya.

    “Elakkan krimer kerana ia dibuat daripada sirap glukos. Jika mahu teh tarik pun boleh tetapi hadkan kepada seminggu sekali. Semua langkah ini secara perlahan-lahan boleh membantu anda menguruskan penyakit dan mengurangkan berat badan. Pengurangan berat badan sebanyak lima hingga 10 peratus boleh menurunkan risiko kencing manis sebanyak 58 peratus,” katanya.

    Eksekutif Chef, Rezuan Sulaiman dalam demonstrasi masakan untuk pesakit kencing manis berkata, keluarga dan pesakit perlu bijak mengubah suai resipi bagi menyediakan sajian sihat contohnya menggunakan bahan-bahan berkhasiat seperti yogurt untuk menggantikan santan dan pes kurma bagi pengganti gula.

    Sebagai contoh, selain menumis sayur yang menggunakan minyak, dia menyarankan supaya sayur berkenaan dicelur dulu dan sos atau kuahnya dimasak berasingan tanpa menggunakan minyak. Paling penting ialah makan makanan yang dimasak di rumah kerana anda boleh mengawal penggunaan bahan-bahan mengikut keperluan.

    Untuk permulaan anda boleh mencuba resipi sihat yang sudah diuji dan diluluskan pakar pemakanan seperti Sup Tauhu Lembut, Rendang Ayam dan Sayur Campur Bersos.



    Senaman dan ubat

    Perunding Perubatan Rehabiliasi, Dr Tunku Nor Taayah Tunku Zubir, berkata selain penjagaan makanan senaman adalah ubat paling mujarab untuk mengawal penyakit jika dijadikan rutin harian. Bagi pesakit kencing manis senaman boleh meningkatkan sensitiviti badan terhadap insulin.

    Peningkatan ini akan membuatkan lebih banyak gula diangkut masuk ke sel dan mengurangkan paras gula dalam darah. Senaman yang dilakukan secara teratur dan berterusan akan memudahkan pengurusan penyakit dan mengembalikan paras gula ke julat normal.

    “Semua orang tahu senaman boleh mengurangkan risiko banyak penyakit seperti sakit jantung, strok, masalah kolesterol, memperbaiki emosi dan kesihatan secara keseluruhan. Semua orang boleh bersenam tetapi untuk pesakit kencing manis, perlu ketahui tahap gula dalam darah terlebih dulu untuk mengelakkan masalah lain seperti pitam jika paras gula terlalu rendah.

    “Bagi yang tidak pernah bersenam, mulakan dengan sesi pendek selama 10 minit yang diulang tiga kali dalam satu hari. Apabila sudah biasa, tambahkan masa dan aktiviti untuk meningkatkan stamina. Jika diamalkan berterusan pesakit boleh melihat kesannya.

    “Bagaimana hendak mengetahui sama ada senaman anda cukup atau tidak? Caranya ialah melalui ujian bercakap; jika anda boleh bercakap macam biasa bermakna senaman tidak mencukupi sebaliknya sekiranya anda tidak boleh bercakap langsung tandanya anda terlebih bersenam. Senaman mencukupi bila anda terasa penat tetapi masih boleh bercakap,” katanya.

    Pesakit kencing manis lebih berisiko mendapat penyakit jantung (50 peratus lebih tinggi berbanding bukan pesakit). Justeru itu ada banyak jenis ubat dicipta khusus untuk mengurangkan masalah kesihatan ini termasuklah fenofibrate yang dikatakan berkesan dalam pengurusan tahap lipid (lemak).

    Kajian Selaan Fenofibrate dan Mengurangkan Kejadian Dalam Kencing Manis (FIELD ) membuktikan terapi yang merendahkan lipid untuk jangka panjang boleh mengurangkan akibat makrovaskular (salur darah besar) dan mikrovaskular (salur darah halus) pada pesakit.

    Walaupun kencing manis boleh menjadi ‘pencetus’ kepada pelbagai masalah kesihatan lain tetapi melalui penjagaan teliti pesakit mampu menjalani kehidupan yang baik. Perkataan diabetes itu sendiri boleh menjadi peringatan kepada kita iaitu:

  • Di - diet (pemakanan)

  • Ab - Saiz abdomen (perlu kekalkan saiz pinggang kurang daripada 90 sentimeter untuk lelaki dan 80 sentimeter bagi perempuan)

  • E - senaman ; sekurang-kurangnya 30 minit sehari, tiga kali seminggu

  • Tes - Buat ujian paras gula dalam darah secara berkala.
  • Wednesday, December 10, 2008

    Diabetis

    Apakah Diabetes ?
    Ia merupakan keadaan dimana badan mengalami kekurangan insulin ( atau insulin yang dikeluarkan kurang berkesan) yang menyebabkan gukos dalam darah meningkat diluar kawalan dan akhirnya dikeluarkan melalui urin (air kencing).

    Apakah Insulin ?
    Insulin merupakan hormon yang dirembeskan oleh kelenjar hormon yang dikenali Islets di pepulau Langerhans di pankreas. Ianya berfungsi mengawal paras glukos dalam darah agar berada dalam julat 70 - 140 mg/dl (3.9 - 7.8 mmol/l) atau pada julat 70- 115 mg/dl (3.9 - 6.4 mmol/l) semasa berpuasa.

    Apakah Tanda -Tanda dan Gejala Diabetes ?

    • Tanda yang biasa dan dapat diketahui oleh pesakit ialah semut akan mengerumuni takungan air kencingnya.
    • Susut berat badan antara 5-10kg dalam jangkamasa 3 bulan kebelakangan.
    • Dahaga dan kerap kali buang air kecil.
    • Terasa letih dan lesu
    • Penyembuhan luka mengambil masa yang lama.Adalah disyorkan agar melakukan pemeriksaan secara berkala bagi menentukan keadaan Diabetes.

    Apakah Jenis-Jenis Diabetes ?

    1. Diabetes bagi Kanak-Kanak (Jevenile Diabetes)- berlaku pada kanak-kanak dan ianya lebih teruk kerana kanak-kanak ini memerlukan suntikan insulin bagi mengawalnya.
    2. Diabetes bagi Orang Dewasa- berlaku pada orang dewasa yang kebiasaanya selepas pertengahan umur dan diklasifikasikan kepada 3 jenis
      • Diabetes Permulaan - Boleh dikawal dengan senaman dan pemakanan.
      • Diabetes Sederhana - Boleh dikawal dengan ubat
      • Diabetes Teruk - Boleh dikawal dengan suntikan insulin.

    Bagaimana Diabetes Didiagnoskan ?

    1. Diabetes kebiasaannya didiagnoskan melalui ujian yang positif terhadap gula dalam air kencing
    2. Cara lain adalah melalui ujian darah bagi glukos semasa berpuasa (70 - 115mg/dl). Sebarang keputusan yang melebihi paras glukos darah semasa berpuasa adalah disyaki mengidap diabetes
    3. Glucose Tolerance Test (GTT) -merupakan ujian yang terbaik bagi mengesahkan Diabetes. Ia juga dapat mengetahui samada penyakit tersebut berada pada tahap permulaan, sederhana dan teruk. Individu yang ingin melakukan ujian GTT datang ke makmal selepas berpuasa selama 10-12 jam. Ia akan diberi minum glukosa 75gm dan masa akan direkodkan sebagai 0 jam. Sampel darah dan air kencing juga diambil darinya. Sampel darah dan air kencing akan diambil kembali selepas 1 dan 2 jam kemudian. Graf akan dilakarkan seperti dalam rajah.

    Apakah Bahaya Diabetes ?

    1. Apabila paras glukos terlalu tinggi dalam darah, ia akan bertindak seolah-olah racun kepada sel-sel, Ia akan merosakkan sistem salur darah kapilari pada Ginjal (buah pinggang) mengakibatkan penyakit buah pinggang, kegagalan buah pinggang dan hipertensi
    2. Jika salur darah retina rosak, mengakibatkan kebutaan.
    3. Jika ia melibatkan salur darah koronari, mengakibatkan penyakit jantung, serangan jantung dan kematian.
    4. Jika salur darah ke bahagian jari kaki yang terlibat, akan menyebabkan gangrene di bahagian yang terbabit.
    5. Sel-sel otak sangat sensitif kepada paras glukos dalam darah. Paras yang sangat tinggi atau rendah boleh mengakibatkan pesakit diabetes mengalami koma. Contoh: Hyperglycaemic coma -paras glukos dalam darah melebihi 500mg/dl (27.8 mmol/l) Hypoglycaemic coma -paras glukos dalam darah kurang daripada 40 mg/dl (2.2 mmol/l). Oleh kerana itu, diabetes merupakan satu penyakit yang bahaya jika tidak di rawat atau dikawal.

    Apakah yang patut dilakukan oleh pengidap diabetik ?
    Pengidap Diabetik mesti mendapat nasihat daripada doktor. Doktor akan memastikan penyakitnya itu terkawal. Pendidikan Kesihatan terutamanya terhadap masalah yang berkaitan diabetes adalah sangat penting. Pastikan paras glukos darah diketahui secara berkala dengan melakukan ujian darah. Pesakit juga boleh melakukan ujian yang khusus iaitu HBA1c (Glycoslated Haemoglobin) dan Fructosamine dan daripada keputusan ujian ini,pesakit boleh mengetahui sejauh mana pengawalan terhadap keadaan diabetik bagi jangkamasa 2 bulan dan 2 minggu yang lepas. Keputusan akan dinyatakan samada individu tersebut mengawal dengan baik, sederhana atau tiada pengawalan

    Penyakit Diabetis

    FAQs - Penyakit Diabetis
    (Kencing Manis)

    1. Apakah dia Penyakit Diabetis?

    Penyakit Diabetis atau dikenali sebagai Penyakit Kencing Manis ialah suatu keadaan di mana kadar pada gula (glukos) dalam darah terlalu tinggi dari paras normal. Keadaan ini disebabkan oleh :

    i) Berkurangan atau ketiadaan insulin disebabkan oleh organ pancreas yang tidak menghasilkan cukup insulin.

    ii) Kalis insulin, di mana otot, lemak dan sel-sel organ hati tidak bertindak balas terhadap insulin atau kedua-duanya sekali.

    2. Ada beberapa jenis Penyakit Diabetis?

    Diabetis boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu :

    i) Diabetis bersandar insulin - jenis pertama (Type I diabetis)

    Diabetis jenis pertama juga dikenali sebagai diabetis bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent) atau diabetis awal remaja. Diabetis ini sering didapati pada golongan kanak-kanak dan remaja. Organ pankreas hanya menghasilkan sedikit atau tiada insulin dan pengambilan insulin melalui suntikan adalah diperlukan untuk terus hidup. Tanpa pengurusan seharian yang sempurna, kesihatan pesakit akan terjejas.

    ii) Diabetis bebas insulin - jenis kedua (Type II diabetes)

    Diabetis bebas insulin - jenis kedua juga dikenali sebagai diabetis peringkat permulaan dewasa. Jenis diabetis ini merupakan yang lumrah didapati iaitu di antara 90 peratus hingga 95 peratus dari jumlah kes diabetis. Ianya lazimnya didapati semasa dewasa. Dalam situasi ini, organ pankreas tidak menghasilkan cukup insulin untuk menstabilkan paras glukos dalam darah. Biasanya tubuh badan tidak bertindak balas sepenuhnya kepada insulin. Kebanyakan orang yang menghidap diabetis bebas insulin ini tidak sedar yang mereka menghadapi penyakit tersebut. Diabetis jenis ini biasanya berlaku seiring dengan faktor usia lanjut, gemuk (obesity), terencat ketahanan glukos, keturunan atau bangsa (genetic) dan kurang bersenam.

    iii) Diabetis ketika hamil (gestational diabetes)

    Diabetis ketika hamil merupakan sejenis alahan glukos yang dikenal pasti pada sebahagian wanita ketika mengandung. Ketika mengandung, diabetis ketika hamil memerlukan rawatan untuk menurunkan paras gula dalam darah agar tidak memberi kesan kepada kandungan. Sebahagian kecil pula antara 5 hingga 10 peratus didapati menghidap diabetis bebas insulin (jenis kedua). Wanita yang mengalami diabetis ketika hamil mempunyai risiko 20 hingga 50 peratus menghidap diabetis dalam tempoh 5 hingga 10 tahun. Diabetis ketika hamil juga meningkatkan risiko anak damit mempunyai bilirubin yang tinggi (demam kuning) berbanding anak damit normal.

    iv) Diabetis bentuk lain

    Terdapat diabetis yang disebabkan oleh faktor keturunan (peringkat permulaan dewasa), pembedahan, dadah, kurang zat pemakanan, jangkitan dan penyakit lain. Diabetis bentuk lain membentuk 1 hingga 5 peratus daripada semua penyakit kencing manis/diabetis yang dikenal pasti.

    3. Apakah faktor-faktor berisiko tinggi yang boleh menyebabkan diabetis?

    Ada beberapa faktor-faktor berisiko tunggi yang boleh menyebabkan diabetis, antaranya ialah :

    * Penyakit diabetis di dalam keluarga

    * Obesiti/kegemukan

    * Berumur 45 tahun ke atas

    * Tekanan darah tinggi

    * Kandungan berlebihan triglycerides dalam darah (sejenis molikul lemak)

    * Kandungan berlebihan kolesterol dalam darah

    * Kurang melakukan aktiviti fizikal/bersenam

    4. Apakah tanda-tanda amaran dan simptom diabetis?

    Kandungan berlebihan glukos dalam darah boleh menyebabkan beberapa masalah seperti:

    * Kerap membuang air kecil

    * Sering merasa dahaga dan/atau lapar

    * Merasa keletihan-kurang bertenaga

    * Berat badan menurun

    * Penglihatan kabur

    Walau bagaimanapun, oleh kerana diabetis bebas insulin jenis kedua berlaku secara perlahan, kebanyakan orang tidak menyedari yang mereka mengalami kandungan berlebihan glukos dalam darah kerana mereka tidak mengalami sebarang simptom-simptom tersebut.

    5. Apakah masalah yang dihadapi sekiranya diabetis tidak dikawal?

    Sekiranya diabetis tidak dikawal dalam tempoh yang berlanjutan, penghidap diabetis akan sentiasa mempunyai kadar gula yang tinggi di dalam darahnya . Kadar gula tinggi yang berterusan akan mendatangkan banyak perubahan pada bahagian saluran darah dan juga urat sataf (nerve). Perubahan-perubahan ini pula boleh mendatangkan banyak penyakit lain seperti :

    * Hujung kaki dan tangan menjadi sebal, hilang deria sentuh, disebabkan oleh kerosakan urat/nerve (diabetic neuropathy)

    * Gatal-gatal badan yang disebabkan kerosakan urat/nerve

    * Kurang daya syahwat bagi kaum lelaki yang disebabkan kerosakan urat/ nerve dan saluran darah (diabetic neuropathy)

    * Sering kencing malam disebabkan buah pinggang gagal mengitar air seperti biasa. Ini mengakibatkan pundi kencing penuh dengan lebih cepat.

    * Kegagalan fungsi buah pinggang. Ini disebabkan oleh kerosakan saluran darah dan ginjal disebabkan kandungan gula yang tinggi terlalu lama (diabetic neuropathy)

    * Sakit jantung disebabkan kerosakan saluran darah

    * Serangan angin ahmar (strok) disebabkan kerosakan saluran darah

    * Buta disebabkan kerosakan mata. Kanta mata menjadi kurang kenyal disebabkan kandungan gula yang tinggi (diabetic neuropathy)

    Bagaimanapun sekiranya penghidap diabetis mengambil langkah yang sewajarnya, kadar gula dalam darah boleh dikawal dan penghidap diabetis dapat hidup seperti orang lain. Makanan yang seimbang perlu dikawal seumur hidup disebabkan penyakit diabetis masih belum dapat dipulihkan sepenuhnya.

    6. Golongan apakah yang berisiko tinggi?

    Mereka yang dikelaskan dalam kumpulan risiko lebih tinggi adalah :

    * Mereka yang mempunyai keturunan yang menghidap diabetis (ibu bapa adik-beradik)

    * Mereka yang mempunyai berat badan agak tinggi

    * Mereka yang pernah mempunyai radang pada Pankreas

    * Wanita mengandung yang pernah menghadapi (diabetis) ketika hamil.

    Bagaimanapun penyakit diabetis mampu menyerang sesiapa juga pada semua peringkat umur sekiranya pemakanan dan minuman tidak dijaga.

    7. Apakah kesannya jika diabetis tidak dikawal?

    Bagi pesakit diabetis yang tidak mengawal penyakit, mereka berhadapan dengan kesan yang lebih serius. Antara kesannya ialah :

    * Kegagalan buah pinggang

    * Serangan jantung

    * Kebutaan/katarak

    * Koma (hilang kesedaran)

    * Angin ahmar (strok)

    * Sakit saraf atau 'mati pucuk'

    * 'Gangrene' atau anggota tubuh mati/membusuk

    8. Bagaimana caranya mengelakkan dari mengidap penyakit diabetis?

    Perubahan cara hidup mampu mengelakkan diabetis terutama pada mereka yang mempunyai kecacatan daya tahan glukos (Impaired glucose tolerance - IGT) atau kecacatan puasa glukos (Impaired fasting glucose - IFG). Kajian menunjukkan kedua-dua keadaan merupakan tanda awal diabetis tetapi mampu diterbalikkan dengan kawalan pemakanan yang betul. Selain itu, tidak salah bagi mereka yang tidak mempunyai masalah awal untuk turut serta mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan diabetis dengan melakukan beberapa perkara seperti :

    * Pemakanan

    Ramai berpendapat bahawa pemakanan hanya merangkumi pemakanan gula sahaja, tetapi walaupun pemakanan gula seharusnya disekat, ini tidak bermakna makanan-makanan kesemuanya dapat dimakan seberapa banyaknya. Pemakanan seharusnya dikurangkan kerana selain daripada gula, bahan-bahan karbohidrat yang lain juga seharusnya dikurangkan. Ini adalah kerana kalori pada sesehari itu seharusnya dikurangkan. Untuk kepastian bahawa pemakanan yang dimakan tidak melebihi batas, catatan apa yang sering dimakan dalam sehari dan bincangkan dengan doktor.

    * Senaman

    Senaman juga penting tetapi ianya perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor. Senaman berfungsi dengan tiga cara iaitu membantu mengurangkan kalori yang lebih yang mungkin dimakan, membantu mengurangkan berat badan dan akhir sekali dapat juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (cardiorespiratory) kita. Satu kajian mengenai diabetis dalam tempoh 3 hingga 6 tahun mendapati senaman seperti berjalan selama dua setengah jam dalam tempoh seminggu boleh mengurangkan perkembangan diabetis sebanyak 40 - 60 peratus.

    * Penjagaan berat badan

    Telah dikenali mereka yang mempunyai berat badan tidak tinggi lebih mudah dikawal taraf gula di dalam darah mereka dan dengan itu ubat dapat dikurangkan. Sesetengah dari pesakit diabetis dapat menghentikan pengambilan ubat kesemua sekali setelah berat badan dapat dikawal.

    * Pemeriksaan diri sendiri

    Seseorang itu seharusnya berwaspada mengenai apa-apa perubahan pada badan mereka iaitu dari segi kulit (terutama pada bahagian kaki), rasa penat/kebas pada hujung jari tangan atau kaki dan apa-apa perubahan lain yang dirasakan. Selain dari itu, pemeriksaan oleh doktor untuk memastikan kadar gula dalam darah mesti terus dijalankan.

    * Pemeriksaan oleh doktor secara tahunan

    Ujian berkala secara tetap terutama yang berisiko tinggi mampu mengesan diabetis pada peringkat awal. Ini membolehkan penghidap diabetis mengambil langkah awal untuk merawat diri mereka. Rawatan awal diabetis juga mampu mengurangkan 30 hingga 70 peratus kegagalan buah pinggang berfungsi. Penjagaan anggota tangan dan kaki mampu mengurangkan kes anggota badan perlu dipotong disebabkan komplikasi jangkitan sebanyak 45 - 85 peratus.

    7 Tahun isteri rahsiakan penyakit


    Setiap kali mengunJungi pusara arWah isterinya, hati khairul Jadi hiBa. Teringat kemBali gelak taWa dan gurau senda isterinya melissa tatkala Melayan dirinya dan anak-anak. kini sudah empat tahun khairul tidak dapat mendengar suara Wanita yang dicintainya itu.

    Rasa rindu memang sukar diungkap, bukan hanya diri Khairul berperasaan begitu, anak-anaknya Nadia dan Hafi z juga sama. Walaupun Melissa sudah tidak ada lagi di dunia, namun Nadia dan Hafiz sentiasa bercerita mengenai ibu mereka. Malah foto Melissa bersama keluarga yang tergantung di ruang tamu sentiasa dibersihkan. Khairul tidak pernah menyangka bahawa Melissa akan pergi terlebih dahulu daripada dirinya. Seingatnya, sepanjang perkenalan antara dirinya dengan Melissa sewaktu zaman persekolahan, dia tidak pernah melihat Melissa sakit. Melissa pandai menutup kekurangan dirinya. Setelah berkahwin dengan Melissa pun, dia sebagai suami masih tidak dapat mengesan apaapa yang kurang baik mengenai isterinya itu. Hanya setelah tujuh tahun berkahwin, segalagalanya terbongkar apabila isterinya yang bekerja sebagai guru tiba-tiba pengsan sewaktu sedang mengajar di sekolah. Terkejutnya Khairul apabila mendapat tahu bahawa isterinya pengsan dan dimasukkan ke hospital. Dia masih ingat pada hari kejadian, dia berada di luar daerah atas urusan kerja. Sebaik sahaja berita isterinya dimasukkan ke hospital, Khairul bergegas pulang. Rahsia terpendam terbongkar jua Apabila berada di hospital barulah Khairul mengetahui bahawa terdapat masalah pada isterinya.Doktor mengesyaki Melissa menghidap kanser otak. Terasa hendak gugur jantung Khairul mendengar ayatayat yang keluar daripada mulut doktor tersebut. Tanpa disedari matanya mula bergenang. Selepas mendengar penerangan doktor itu, Khairul segera melawat isterinya. Sebaik sampai ke bilik yang menempatkan isterinya, hatinya sebak melihatkan keadaan Melissa. Tidak ada lagi Melissa yang riang ria, sebaliknya Melissa terbaring lemah. Sungguhpun berasa sedih dengan keadaan isterinya, Khairul pendamkan saja perasaan tu di hadapan isterinya.Sebaik sahaja Melissa membuka mata, Khairul melihat wajah wanita yang disayangi itu berubah. “Saya minta maaf bang. Saya minta maaf sebab menyembunyikan penyakit yang saya hidapi. Saya lakukan semua ini agar abang tidak susah hati,” lemah sungguh ayatayat yang keluar daripada mulut isterinya itu. Pada mulanya Khairul terasa begitu marah apabila mendapat tahu isterinya menyembunyikan keadaan dirinya. Namun apabila melihatkan wajah pucat Melissa, segala-galanya hilang begitu sahaja. Selepas keluar daripada hospital, Melissa banyak berubah. Menurut doktor penyakit Melissa agak sukar untuk diubati. Jika pembedahan dilakukan, akan berlaku komplikasi yang teruk. Peluang untuk sembuh memang tipis. Ajal maut di tangan Tuhan Melissa yang sudah sedia tahu tentang keadaan dirinya itu memang tidak mahu melakukan pembedahan. Baginya, sudah puas dia berubat semuanya tanpa pengetahuan Khairul. Melissa tidak sanggup berhadapan risiko berhadapan maut di atas meja pembedahan. Dia tidak takut mati tetapi jika ditakdirkan dia pergi dahulu biarlah dia ketika dikelilingi keluarga tercinta. Pada mulanya Khairul tidak setuju dengan permintaan isterinya itu. Baginya ajal maut di tangan Tuhan. Selagi seseorang insan itu berupaya mencari ikhtiar untuk sembuh, segalagalanya tidak mustahil. Setelah berbincang dengan Melissa dan ahli keluarga yang lain, akhirnya Khairul akur dengan permintaan isterinya. Bagi Melissa dia mahu menghabiskan sisa hidupnya bersama keluarga. Dia tidak mahu berada di katil hospital dan menjalani rawatan yang tidak ada penghujungnya. Demi memastikan isterinya gembira, Khairul dan anak-anaknya sentiasa berada di sisi.Setiap hari, kehidupan mereka sekeluarga dipenuhi dengan aktivitiaktiviti berfaedah. Setiap waktu, Khairul dan anakanaknya sentiasa merakamkan kegembiraan bersama Melissa. Setiap saat amat berharga buat mereka. Selama beberapa bulan keluarga Khairul menjalani kehidupan gembira. Namun begitu, kegembiraan itu bertukar sedih sekelip mata. Khairul masih ingat lagi ketika dia mengejutkan Melissa untuk solat Subuh, tubuh isterinya itu kaku tidak bergerak. Dunia seakan berhenti buat Khairul. Menitis air mata keluar daripada mata Khairul apabila melihat wajah isterinya buat kali terakhir. Tuhan lebih menyayanginya. Sungguhpun tidak sanggup melalui saat itu, Khairul redha dengan kehendak Yang Maha Esa. Kini walaupun empat tahun telah berlalu, Khairul masih sendiri dan kenangan bersama arwah Melissa wanita yang sangat dicintainya itu tidak pernah sesaat padam dari kotak fikirannya.

    Wednesday, December 3, 2008

    Jangan panik bayi menangis



    MENANGIS adalah cara untuk berkomunikasi antara bayi dan penjaganya. – Gambar hiasan


    TANGISAN adalah satu-satunya medium komunikasi antara bayi dan penjaganya. Menerusi tangisan, bayi memberitahu bahawa sesuatu telah berlaku dan mereka memerlukan anda.

    Bayi menangis disebabkan beberapa perkara. Sama ada mereka lapar, haus, terlalu panas atau sejuk, kelihatan pucat, kembung perut, dalam kesakitan, terlalu penat atau mungkin juga tidak selesa.

    Keadaan yang berlaku mendadak pada diri mereka diluahkan dengan tangisan, justeru ibu bapa dan penjaga perlulah segera mendekati bayi mereka dan peluklah mereka untuk beberapa ketika.

    Terdapat sesetengah bayi yang kerap menangis sejak dari hari pertama mereka lahir ke dunia ini. Sambil menangis, kaki mereka diangkat ke atas, tangan bergerak pantas, wajah bertukar merah dan mereka kelihatan begitu tertekan.

    Lebih merisaukan keadaan tersebut sering terjadi ketika waktu tengah hari dan menjelang malam. Sesetengah bayi pula mengalami sindrom tangis apabila usia mencecah beberapa minggu. Selepas enam ke lapan minggu, tangisan bayi akan berkurangan dan mereka akan lebih tenang.

    Tidak dinafikan ada bayi yang berterusan menangis lebih daripada usia tersebut dan jika ini berlaku pada bayi anda jangan panik. Tangisan itu hanya seketika berbanding jangka masa untuk membesar dan berkeadaan tenang jauh lebih lama.

    Begitu pun, tangisan memang boleh mengundang kerisauan sekiranya ia amat kuat dan berterusan, terutama apabila anda sendiri tidak dapat mengenalpasti puncanya.

    Mungkin sesuatu telah berlaku yang membuat bayi marah tapi anda tidak tahu apakah puncanya. Jangan sesekali tidak mempedulikan tangisan tersebut hanya kerana anda tidak dapat mengenal pasti puncanya.

    Bayi tidak akan sengaja membuatkan anda risau dengan tangisan mereka. Bayi inginkan lebih perhatian, mereka perlu ditenangkan dan didukung apabila mereka menangis.

    Sesetengah bayi, terutama yang aktif memerlukan lebih perhatian berbanding yang kurang aktif.

    Yang pasti, bayi tidak akan menimbulkan perangai buruk atau menjadi mengada-ada sekiranya mereka dimanjakan oleh kedua-dua ibu bapa.

    Apa yang harus dilakukan?

    - Dukung

    Pegang erat bayi anda, rapatkan dia ke dada dan usap belakangnya. Jangan sering bertukar posisi dukung, duduk atau bangun. Anda boleh juga mendodoi sambil berjalan perlahan. Ingatkan diri bahawa anda tidak boleh menghentikan tangisan bayi serta merta. Ia bukan mudah kerana ada bayi yang menolak jika anda ingin mendukung mereka, jika ini berlaku cuba juga tetapi dengan cara wajah mereka membelakangi anda.

    - Pergerakan

    Angkat bayi yang sedang menangis itu. Cuba letakkan mereka dalam kain pendukung bayi dan berjalan-jalanlah. Anda juga boleh membawa bayi keluar. Bayi suka melihat benda yang bergerak seperti pokok dan bayang, namun ingat mereka tidak suka akan pancaran matahari yang bersinar di mata mereka.

    - Menghisap

    Menghisap jari atau puting boleh membantu bayi menenangkan diri mereka dan seterusnya menghentikan tangisan. Jika bayi menghisap susu badan, cuba rapatkan puting pada mulutnya. Jika menghisap botol pula, cuba berikan botol berisi air suam.

    - Mandian yang menenangkan

    Sesetengah bayi akan berasa tenang dan seronok apabila mandi, tapi ada juga bayi yang langsung tidak menyukai cadangan ini. Mandian boleh membantu bayi untuk tenang daripada tangisan mereka. Penuhi bekas mandian bayi dengan air sejuk dan tambah sedikit air panas, pastikan ia tidak terlalu panas sebelum meletakkan bayi ke dalamnya. Jangan sesekali biarkan mereka sendiri di dalam bilik mandi.

    - Urutan bayi

    Gosok perut bayi secara lembut dan kemas dalam pergerakan membulat. Anda boleh mendapat maklumat tambahan tentang urutan bayi menerusi buku panduan mengurut bayi.

    - Bermain

    Cuba alih tumpuan tangisan bayi anda dengan mainan kegemarannya. Cara ini tidak akan berkesan sekiranya bayi anda terlalu penat dan cara ini mungkin akan menyebabkan tangisan mereka menjadi lebih teruk lagi. Jangan teruskan cara ini jika tidak berjaya menenangkan bayi anda.