Monday, October 13, 2008

Pinggan Melamine

Kebanyakan pinggan plastic di Malaysia dibuat daripada MELAMINE yang mengandungi 'urea formaldehyde' dan sangat berbahaya kepada kesihatan. Urea Formaldehyde adalah sejenis bahan yang biasanya digunakan untuk membuat bekas barangan electric dan 'insulation' wayar electrik. Bahan ini amat berbahaya jika memasuki badan manusia. Ia boleh menyebabkan masalah sistem penghadaman, masalah pernafasan, batu karang, kegagalan buah pinggang, cancer pundi kencing dan kerosakan sistem pembiakan.
Kebanyakan restoran-restoran di Malaysia juga menggunakan pinggan jenis ini kerana ia tidak mudah pecah dan kelihatan cantik seperti pinggan ceramic. Mudah sahaja untuk mengenali pinggan mangkuk yang diperbuat daripada melamine. Pada kebiasaanya di bawah pinggan ini tertulis MELAMINE. Tetapi pinggan-pinggan melamine yang di buat di Thailand atau China selalunya tidak menulis perkataan ini di pinggan tersebut. Mangkuk pinggan melamine dari Thailand adalah jenis paling berbahaya disebabkan bahan kimia yang terdapat dalam pinggan mangkuk tersebut sangat mudah 'leech out' ke dalam makanan kita, terutamanya jika makanan itu panas. Oleh itu elakkan semua pinggan mangkuk plastik yg kelihatan berkilat seperti seramik, kerana ia kemungkinan besar adalah melamine.
Selain itu, bahan MELAMINE ini juga boleh bertindak-balas dengan bahan makanan dan membentuk racun yang lebih berbahaya, iaitu melamine cyanurate. Bahan ini akan membentuk crystal seperti kaca yang boleh merosakkan salur darah dan buah pinggang.
Baru-baru ini kecoh berita tentang pencemaran melamine di dalam susu kanak-kanak. Kira-kira 15 bayi telah mati dan beratus-ratus sakit buah pinggang di China disebabkan oleh bahan ini. Pada tahun 2007 juga, telah kecoh di Amerika Syarikat kerana bahan melamine yang mencemarkan makanan haiwan peliharaan telah membunuh beratus-ratus binatang peliharaan. Ini adalah bahan yang SAMA digunakan di dalam pembuatan pinggan melamine.
Pinggan-mangkuk melamine ini banyak dijual di pasaraya di Malaysia termasuk di TESCO, GIANT, MYDIN, CARREFOUR dan byk lagi. Untuk keselamatan, gunalah pinggan yg dibuat dari kaca atau seramik kerana bahan ini adalah sangat 'stable' dan tidak beracun.
Banyak kerajaan di Eropah, New Zealand , kerajaan Amerika Syarikat, dan juga kerajaan UAE telah mengharamkan semua mangkuk pinggan yang diperbuat daripada melamine._,___

Wednesday, October 8, 2008

Tips Kasih Sayang Suami Isteri

* Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
* Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
* Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
* Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
* Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
* Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
* Laungkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
* Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
* Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.
* Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
* Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
* Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
* Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
* Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
* Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
* Sesekali tukar gayapenampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
* Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
* Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
* Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

Facts about pad & tampons

IMPORTANT INFORMATION !

Check the labels of the sanitary pads or tampons that you are going to buy the next time and see whether you spot any of the familiar signs stated in this email.
No wonder so many women in the world suffer from cervical cancer and womb tumors. Have you heard that tampon makers include asbestos in tampons? Why would they do this?
Because asbestos makes you bleed more, if you bleed more, you're going to need to use more. Why isn't this against the law since asbestos is so dangerous? Because the powers that be, in all their wisdom (not), did not consider tampons as being ingested, and, therefore, didn't consider them illegal or dangerous.
This month's Essence magazine has small article about this and they mention two manufacturers of a cotton tampon alternative. The companies are: Organic Essentials @1-800) 765-6491 and Terra Femme @(800)755-0212.
A woman getting her Ph.D. at University of Colorado at Boulder sent the following: 'I am writing this because women are not being informed about the dangers of something most of us use: tampons. I am taking a class this month and I have been learning a lot about biology and women, including much about feminine hygiene. Recently we have learned that tampons are actually dangerous (for other reasons than TSS). I'll tell you this - after learning about this in our class, most of the females wound up feeling angry and upset with the tampon industry, and I for one, am going to do something about it To start, I want to inform everyone I can, and email is the fastest way that I know how
HERE IS THE SCOOP: Tampons contain two things that are potentially harmful: Rayon (for absorbency), and dioxin (a chemical used in bleaching the products). The tampon industry is convinced that we, as women, need bleached white products in order to view the product as pure and clean. The problem here is that the dioxin, which is produced in this bleaching process, can lead to very harmful problems for a woman. Dioxin is potentially carcinogenic cancer-associated)and is toxic to the immune and reproductive systems. It has also been linked to endometriosis and lower sperm counts for men. For both sexes, it breaks down the immune system.
Last September, the Environmental Protection Agency (EPA) reported that there really is no set 'acceptable' level of exposure to dioxin given that it is cumulative and slow to disintegrate. The real danger comes from repeated contact Karen Couppert 'Pulling the Plug on the Tampon Industry'). I'd say using about 4-5 tampons a day, five days a month, for 38 menstruating years is 'repeated contact', wouldn't you? Rayon contributes to the danger of tampons and dioxin because it is a highly absorbent substance. Therefore, when fibers from the tampons are left behind in the vagina (as usually occurs), it creates a breeding ground for the dioxin. It also stays in a lot longer than it would with just cotton tampons. This is also the reason why TSS (toxic shock syndrome) occurs.
WHAT ARE THE ALTERNATIVES?
Using feminine hygiene products that aren't bleached and that are all cotton. Other feminine hygiene products(pads/napkins) contain dioxin as well, but they are not nearly as dangerous since they are not in direct contact with the vagina. The pads/napkins need to stop being bleached, but, obviously, tampons are the most dangerous.
So, what can you do if you can't give up using tampons? Use tampons that are made from 100% cotton, and that are UNBLEACHED. Unfortunately, there are very few companies that make these safe tampons. They are usually only found in health food stores.
Countries all over the world ( Sweden , Germany , British Columbia , etc.) have demanded a switch to this safer tampon, while the U.S. has decided to keep us in the dark about it. In 1989, activists in England mounted a campaign against chlorine bleaching. Six weeks and 50,000 letters later, the makers of sanitary products switched to oxygen bleaching (one of the green methods available) (MS magazine, May/June 1995).
WHAT TO DO NOW: Tell people. Everyone. Inform them. We are being manipulated by this industry and the government, let's do something about it! Please write to the companies: Tampax(Tambrands), Playtex, O.B., Kotex. Call the 800 numbers listed on the boxes. Let them know that we demand a safe product ALL COTTON UNBLEACHED TAMPONS.
AND FOR THOSE OF US WHO USE SANITARY NAPKINS/PADS :
IF u ever wondered what were the ingredients that made popular brands so 'free and light and carefree', well here's the bit:
The material that makes the pad so paper THIN, is cellulose gel. YEap, it's not even cotton!!!!!!
DO NOT wear the same pad for more than 3 hours of a maximum!!! After this duration, the genital area is prone to bacterial action and may result in cervical cancer or other complications!!!!!!!!!!
REMEMBER! NEVER NEVER NEVER WEAR THE SAME PAD FOR MORE THAN 3 HOURS!!!!

Antara Kereta Sport Dengan Sebuah Al-Quran

Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya...lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama...si ayah hanya tersenyum.. si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya.. Beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya..telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya berbunga keriangan...satu hari...si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..si ayah memuji anaknya...sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang...si anak tersenyum puas...di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu... Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak,menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik...si anak terkesima...sungguh...bukan itu yg kuhajatkan... dengan hati yang berat...kotak itu bertukar tangan...matanya terarah kepada riak wajah ayahnya...yg tidak menunjukkan sebarang perubahan; seolah2 tidakdapat membaca tanda tanya yang bersarang dihatinya.... Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu...penutup kotak dibuka...apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran kecil; comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan...si anak memandang ayahnya...terasa dirinya dipermainkan...amarahnya membuak...nafsu mudanya bergelojak... ayah sengaja mempermainkan saya...ayah bukannya tak tahu betapa saya menyukai kereta tu...bukannya ayah tak mampu utk membelikannya... sudah ayah...bukan al-Quran ni yang saya nak...katanya keras...al-quran itu dihempaskan keatas meja bacaan...si anak terus meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau sesa'at utk si ayah bersuara...pakaiannya disumbatkan ke dalam beg..lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya...memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya.... 10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang berharta...punyai syarikat sendiri...dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat...cukup membahagiakan...namun hatinya tersentuh... Sudah 10 tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya...sedang dia berkira2 sendiri...telefonnya berdering...dari peguam ayahnya...ayahnya meninggal dunia semalam...dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak...si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisan harta... Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa...si anak pulang ke banglo ayahnya...memerhatikan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya...hatinya sebak..bertambah sebak apabilamendapati diatas meja di bilik bacaannya...Al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada di situ...bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini...perlahan2 langkahnya menuju ke situ...mengambil al-quran itu..membelek2-nya dengan penuh keharuan...tiba-tiba...jatuh sesuatu dari Al-quran itu...segugus kunci...di muka belakang Al-quran itu...sebuah sampulsurat ternyata diselotepkan disitu... Kunci itu segera dipungut...hatinya tertanya-tanya...nyata sekali...di dalam sampul surat itu...terdapat resit pembelian kereta idamannya...dibeli pada hari konvokesyennya... Dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah...sepucuk warkah..tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama ini..hadiah teristimewa utk putera kesayanganku....air mata si anak menitis deras...hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan mula bertandang... Namun semuanya sudah terlambat... Sekadar renungan bersama: berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati??

BAB HAID..TAK SEBEGITU MUDAH

Soalan: Adakah wajib qadha’ solat asar dan zuhur bila diketahui haidh kering ketika hampir berakhirnya waktu asar?

Jawapan:Sesiapa yang menunaikan kedua-duanya sekali, itulah yang lebih berhati-hati. Manakala sesiapa yang hanya menunaikan solat yang dia suci pada waktu itu, mudah-mudah tidak mengapa.

Perbahasan:Para ulama berbeza pendapat bagi wanita yang suci daripada Haid, jika haidnya suci dalam waktu solat kedua yang boleh dijamakkan, apakah dia wajib menunaikan solat yang dia suci ketika itu sahaja atau dia juga wajib menunaikan solat sebelumnya yang mana kedua-dua waktu itu adalah pasangan dalam solat jama’. Sebagai contoh seorang wanita mendapati dirinya suci daripada haid pada waktu ‘Asar, apakah dia perlu menunaikan solat ‘Asar sahaja atau ‘Asar dan Zohor sekali, demikian juga jika dia suci dalam waktu ‘Isyak, apakah dia perlu tunaikan solat ‘Isyak sahaja atau ‘Isyak bersama dengan Maghrib?1. Jumhur (جمهور) atau kebanyakan ulama berpendapat seorang wanita yang mendapati dirinya suci daripada haid, dan ketika itu dia berada dalam waktu solat ‘Asar, maka hendaklah dia menunaikan solat Zohor dan ‘Asar, kerana kedua-dua solat ini adalah pasangan dalam solat jama’. Demikian juga, jika dia suci dalam waktu ‘Isyak maka dia hendaklah menunaikan solat Maghrib dan ‘Isyak.Ibn Qudamah R.H. di dalam al-Mughni (المغني) 1/339, berkata: َإِذَا طَهُرَتْ الْحَائِضُ , قَبْلَ أَنْ تَغِيبَ الشَّمْسُ , صَلَّت الظُّهْرَ وَالْعَصْرَ , وإن َطَهُرَتْ قَبْلَ أَنْ يَطْلُعَ الْفَجْرُ , صَلَّت الْمَغْرِبَ وَالعِشَاءَ ؛ لما رَوَى الْأَثْرَمُ , وَابْنُ الْمُنْذِرِ , وَغَيْرُهُمَا , بِإِسْنَادِهِمْ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ , وَعَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ , أَنَّهُمَا قَالَا فِي الْحَائِضِ تَطْهُرُ قَبْلَ طُلُوعِ الْفَجْرِ بِرَكْعَةٍ : تُصَلِّي الْمَغْرِبَ وَالْعِشَاءَ , فَإِذَا طَهُرَتْ قَبْلَ أَنْ تَغْرُبَ الشَّمْسُ , صَلَّتْ الظُّهْرَ وَالْعَصْرَ جَمِيعًا وَلِأَنَّ وَقْتَ الثَّانِيَةِ وَقْتٌ لِلْأُولَى حَالَ الْعُذْرِ , فَإِذَا أَدْرَكَهُ الْمَعْذُورُ لَزِمَهُ فَرْضُهَا , كَمَا يَلْزَمُهُ فَرْضُ الثَّانِيَةِ Maksudnya: “Jika seorang haid suci sebelum tenggelam matahari (sebelum masuk Maghrib), hendaklah dia solat Zohor dan ‘Asar. Jika dia suci sebelum terbit fajar, maka hendaklah dia menunaikan solat Maghrib dan ‘Isya, berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh al-Athram, Ibn al-Munzir dan selain mereka berdua dengan sanad daripada Abd al-Rahman bin ‘Auf dan Abdullah bin ‘Abbas yang berkata tentang wanita haid yang suci sebelum terbit fajar (sblm masuk waktu subuh), hendaklah dia solat Maghrib dan ‘Isyak, jika suci sebelum tenggelam matahari, hendaklah dia solat Zohor dan ‘Asar, kerana waktu yang kedua (‘Isyak/’Asar) adalah waktu (untuk menunaikan solat) yang pertama (zohor/maghrib) ketika dalam keuzuran, maka apaila orang yang ada keuzuran mendapati waktu pertama, wajib pula ke atasnya kefardhuannya sepertimana wajib ke atasnya kefardhuan waktu kedua.” (tamat nukilan secara ringkas). Inilah juga pandangan Towus, Mujahid, al-Nakha’ie, al-Zuhri, Rabi’ah, Malik, al-Laith, al-Syafie, Ishak dan Abi Thur. Imam Ahmad berkata: “Kebanyakan tabi’ien berpendapat dengan pendapat ini melainkan al-Hasan… inilah juga pandangan al-Thauri dan Ahl al-Ra’yi.” Al-Syeikh Abdul ‘Aziz Abdullah bin Baz berkata: “Apabila wanita yang berhaid, atau nifas suci sebelum tenggelam matahari, wajib ke atasnya solat zohor dan ‘Asar berdasarkan pandangan yang lebih benar, demikian juga jika dia suci sebelum terbit fajar , wajib keatasnya menunaikan solat maghrib dan ‘Isyak. Ini kerana waktu kedua-duanya (solat yang boleh dijamakkan) adalah dikira waktu yang satu bagi orang yang berada dalam keuzuran seperti orang yang sakit dan orang yang bermusafir.” (Majmu’ al-Fatawa 10/217)2. Mazhab Hanafi berpandangan tidak wajib bagi orang yang haid menunaikan solat melainkan solat yang dia suci ketika itu sahaja. Ini kerana seorang yang berhaid berada dalam waktu solat yang sebelumnya dalam keadaan dia tidak suci, maka tidak perlu dia mengqadhanya. (al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah 13/73). Ini juga pandangan al-Hasan dan al-Thauri.Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin di dalam al-Syarh al-Mumti’ (2/133)berkata: “Tidak diwajibkan ke atas wanita itu melainkan waktu solat yang dia perolehi ketika dia suci, adapun waktu solat yang sebelumnya tidak diwajibkan kepadanya (utk qadha), kerana Nabi S.A.W. bersabda: من أدرك ركعةً من الصَّلاة فقد أدرك الصَّلاة Maksudnya: “Siapa yang dapat satu rakaat dari sesuatu solat, maka sesungguhnya dia telah mendapat solat tersebut.” Huruf ‘alim’ dan ‘lam’ pada kalimat al-Solah (الصلاة) menunjukkan kepada waktu, iaitu waktu solat yang diperolehi satu rakaat di dalam waktunya. Adapun solat sebelumnya, tidak didapati satu rakaatpun dari waktunya, waktunya telah berlalu keseluruhannya sedangkan dia bukanlah seorang yang diwajibkan menunaikannya, maka bagaimana kita hendak mewajibkannya qadha waktu tersebut?”wallahu a’lam

Balasan Azab Bagi Wanita...

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat
>> Renungan khususnya untuk para wanita dan diri sendiri.....
>> >> Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah.! Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis. Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang diseksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan seksanya. Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking. Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta. Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya, sementara malaikat memukulnya dengan pentung dari api neraka," kata Nabi. Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka diseksa seperti itu? *Rasulullah menjawab, "Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya. *Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya. *Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas. *Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain. *Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang lain, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat oleh lelaki yang bukan muhrimnya. *Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kala jengking padanya karena ia bisa solat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub. *Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami." Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.